Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ini Hak Kerajaan Memerintah, Kenapa Kita Perlu Beri Peruntukan Pada Adun Pembangkang? - Menteri Besar Johor

13 Mei 2018
4 ulasan

Pelbagai senario yang boleh dilihat berlaku dalam politik negara selepas PRU 14 apabila kerajaan Barisan Nasional tumbang kepada Pakatan Harapan. Majoriti negeri bertukar kepimpinan Menteri Besar termasuklah negeri Johor yang sebelumnya menjadi kubu kuat BN. Apabila pemerintahan negeri dikuasai oleh parti yang menang, tentunya memberi kelebihan kepada mereka.

Ketika masih sebagai pembangkang, kerajaan Johor yang baru mempersoalkan adakah mereka mendapat peruntukan sama seperti kerajaan yang memerintah ketika itu? Kini, apabila Barisan Nasional sudah menjadi pembangkang, Menteri Besar baru, Datuk Osman Sapian dari Harapan nampaknya belum bersedia untuk mengubah dasar itu.

Ujar beliau, peruntukan pembangunan adalah hak kerajaan yang memerintah dan memberikannya kepada pembangkang samalah seperti memberi peluru kepada mereka.

Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri baru akan mengiktiraf ketua pembangkang, Osman perlu meminta pandangan Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan, yang duduk di sebelahnya, sebelum memberi jawapan.

"Kami akan menimbangkannya. Pada masa ini kita belum buat secara rasmi. Untuk melantik mereka secara rasmi, kami perlu melihat kedudukan kewangan. Kami ada komitmen lain maka perlu melihat tahap kewangan.

"Jika dibandingkan dengan negeri, peringkat persekutuan berbeza. Kita tidak boleh ikut persekutuan seratus peratus," katanya kepada sumber di sidang media semalam.

Wakil daripada PKR dan DAP tiada pada sidang media itu.

Menurut sumber, berhubung sama ada beliau akan memberi peruntukan pembangunan kepada ADUN pembangkang, Osman berkata HARAPAN tidak akan memberikannya, sama seperti amalan kerajaan BN dahulu.

"Ini adalah hak kerajaan memerintah. Anda dapat ketika BN (memerintah) dulu?" soalnya kepada Aminolhuda.

Aminolhuda yang juga ADUN Parit Yaani menjawab "tidak".

Kata Osman lagi, "Mengapa kita perlu beri? Ini seperti beri peluru kepada mereka."

Sementara itu, Osman berkata beliau akan mengambil portfolio kewangan dan sumber tanah, bertentangan dengan dasar HARAPAN di peringkat persekutuan yang memisahkan portfolio kewangan dengan perdana menteri.

Beliau mendakwa ini kerana sumber negeri tidak boleh dibandingkan dengan persekutuan.

"Persekutuan ada kementerian kewangan dan sumber kewangan yang lebih besar. Saya akan uruskan soal kewangan dan sumber tanah. Kami tiada menteri kewangan negeri, hanya pegawai kewangan.

Osman adalah Setiausaha BERSATU dan Pakatan Harapan Johor. Beliau sudah menjadi ADUN di Kempas sejak 1999, ketika masih bersama Umno, sebelum digugurkan pada PRU 2013.


Sumber : malaysiakini
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Mari coba keberuntungan Anda disini updatebetting
    Kontak bbm 7ACD8560 :)

    BalasPadam

  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam
  3. Untuk mempermudah kamu bermain guys ajoqq menghadirkan 7 permainan hanya dalam 1 ID 1 APLIKASI guys,,,
    dimana lagi kalau bukan di ajoqq,,, Pin BB: 58cd292c

    BalasPadam
  4. ingin wujudkan impian anda , raih kesempatan dan menangkan ratusan juta rupiah hanya di ionqq,silakan invite
    pin bb#58ab14

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "