Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Gigi Tajam Dan Rambut Nipis, Sering Diejek Sebagai Hantu, Akhirnya Mampu Tarik Nafas Lega Apabila Diterima Kembali Masyarakat Setempat

6 Mei 2018

Dua kanak-kanak lelaki di India ini sekian lama dipinggirkan di sekolah kerana mempunyai gigi runcing dan rambut yang nipis akhirnya mampu menarik nafas lega selepas diterima kembali oleh penduduk di sebuah kampung pedalaman, Madhya Pradesh.


Ashfaq Khan, 11, dan Mushtaq Khan, 8, sering diejek sebagai 'Budak Hantu' gara-gara fizikal mereka yang pelik menjalani kehidupan yang menyeksakan apabila terpaksa menyorok di belakang dinding untuk mengelak daripada menjadi tatapan mata manusia yang tidak boleh menerima kehadiran mereka, hypohidrotic ectodermal dysplasia (HED), yang menyukarkan mereka untuk berpeluh, masalah gigi dan rambut.


Hanya baru-baru ini saja keadaan menjadi lebih baik buat mereka apabila satu kempen yang dijalankan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyedarkan masyarakat sekeliling membuahkan hasil positif.

NGO tersebut turut berkongsi beberapa gambar menyentuh hati yang menunjukkan masyarakat di situ mula menerima kehadiran dua orang kanak-kanak tersebut apabila mereka mampu bermain bersama-sama kanak-kanak lain.


Satu lagi gambar yang didedahkan apabila adik beradik ini tersenyum dan menampakkan kelainan pada gigi mereka. Mereka dilihat gembira untuk menjalani kehidupan normal apabila penduduk setempat mula menegur dan melemparkan senyuman pada mereka.

Suatu ketika dahulu, kanak-kanak ini seringkali menangis apabila mereka diejek oleh orang kampung kerana penampilan luaran mereka. Keganjilan genetik itu menyebabkan mereka mempunyai gigi runcing dan tajam, rambut nipis bewarna kelabu, hidung leper, kulit pecah dan gelap selain suara yang aneh.

Menjadi mangsa buli disekolah menyebabkan mereka hilang minat untuk meneruskan pengajian mereka, terutamanya digelar hantu oleh rakan-rakan sekelas.

''Saya dan adik saya dianggap sebagai hantu disekolah. Rakan-rakan tidak mahu bermain dengan kami. Kami tidak mahu ke sekolah lagi kerana sering dimalukan,'' kata Ashfaq.


Dengan bapa mereka yang bekerja di ladang dan meraih pendapatan £50 (RM 266) sebulan, ia nyata menyukarkan keluarga itu mendapatkan perkhidmatan pakar bagi mengetahui punca kepada keganjilan yang berlaku pada kanak-kanak ini.

''Kami sangat miskin, malah kami tiada kelengkapan asas seperti peti ais, kipas ataupun penyejuk. Mereka cepat panas disebabkan penyakit mereka (sukar berpeluh), jadi kami hanya mencurahkan air sahaja ke badan mereka setiap satu jam setengah,'' kata ibunya, Abila.


Ahli perubatan menjangkakan kanak-kanak tersebut mungkin akan mengalami masalah kesihatan yang lebih teruk disebabkan ibu bapa mereka gagal menyediakan rawatan sepatutnya disebabkan kemiskinan, selain tinggal di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada perubatan pakar dan moden.

''Saya hanyalah doktor biasa, saya tidak boleh mendiagnosis kanak-kanak ini dengan kaedah yang betul. Saya telah menasihati ibu bapa ini untuk bertemu dengan pakar atau ia mungkin menjadi lebih buruk.

''Ibu bapa mereka berharapkan keajaiban berlaku kepada anak mereka, dan berharap ada pihak yang sudi membantu,'' kata Dr. Mukesh.


Sumber : Dailymail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Kecewa? Kalah melulu main di agen lain?
    Mari main disini saja di www(dot)updatebetting(dot)com

    BalasPadam
  2. AJOQQ menyediakan 8 permainan yang terdiri dari :
    Poker,Domino99 ,BandarQ,BandarPoker,Capsa,AduQ,Sakong,Bandar66 ( NEW GAME )
    Ayo segera bergabung bersama kami di AJOQQ :)
    Bonus : Rollingan 0.3% dan Referral 20% :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "