Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Nak 'Test' Kesetiaan Suami, Buat 'Fake Akaun', Lelaki Ini Hampir Hilang Kerja Selepas Wanita Menyamar Guna Gambarnya

23 Jan 2018

22 Jan - Baru-baru ini, seorang lelaki difitnah oleh seorang wanita gara-gara hanya ingin menguji kesetiaan suami wanita itu.

Wanita itu dikatakan telah mencipta satu akaun Wechat palsu menggunakan gambar dan nama mangsa, Affan Mustaqim.

Affan yang juga seorang anggota bomba, telah kehilangan kerja sampingannya sebagai jurugambar apabila kontraknya selama setahun ditamatkan serta merta selepas berita itu tersebar.

Affan terpaksa dikuarantinkan di balai bomba beliau bertugas selama dua hari dan tidak dibenarkan menghubungi sesiapa ketika tempoh itu kecuali majikannya.


"Oleh kerana kes fitnah itu, saya kena buang tender contract setahun sebagai photographer, videographer dan modelling. Esok kena menghadap Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk memberi keterangan kepada pengarah JBPM Pulau Pinang.

"Selain itu perlu dikuarantin di balai selama dua hari kerana tidak dibenarkan keluar daripada kawasan bertugas dan tidak membenarkan menghubungi sesiapa melainkan majikan,"
katanya.

Dalam Live Facebook yang dirakam oleh Affan sendiri, beliau menjelaskan bahawa dia telah difitnah oleh wanita itu yang kononnya mahu menguji kesetiaan suaminya.

"Oleh kerana wanita itu telah memfitnah saya menggunakan gambar saya dan membuat akaun palsu untuk mencemarkan maruah dan nama saya sehingga melibatkan kes polis, sekarang saya terpaksa menjalankan proses untuk saman fitnah," katanya yang turut menawarkan ganjaran RM150 bagi mana-mana individu yang dapat mencari wanita berkenaan.


Sebelum kes ini tersebar, beliau sedang berada di Manjoi kerana ada tugas untuk membuat rakaman sebuah majlis hari jadi. Affan terpaksa menyerahkan tugas tersebut kepada orang lain dan pulang terus ke Pulau Pinang.

"Jam 9 pagi saya mendapat panggilan dari balai saya mengatakan ada dua orang lelaki yang mencari saya dan mendakwa saya mengacau isteri orang. Saya terus tinggalkan kerja saya dan cari orang yang boleh menggantikan kerja saya dan saya terus pulang ke balai.

"Kes ini kes berat kerana ia melibatkan isteri orang dan kes polis. Kes ini berkaitan dengan WeChat. Ada individu menggunakan gambar saya untuk buat akaun palsu. Kes ini sudah kali keempat berlaku di mana gambar saya disalahgunakan,"
ujarnya.

"Saya minta nombor telefon dari majikan saya, tetapi tidak diberi sebab dia kata jangan ikut emosi. Mana mungkin tak ikut emosi? Kes ini melibatkan nama saya. Saya tak buat tapi nama saya kena jual.

"Majikan suruh saya bertenang dan akan tetapkan masa untuk kami berjumpa. Hari ini (Ahad) kami sepatutnya berjumpa tetapi nama dan gambar profil akaun palsu itu bertukar menjadi Zainab.

"Dan laporan polis kedua dibuat oleh lelaki itu yang menarik balik laporan polis terdahulu dengan rela hati kerana kes sudah diselesaikan dengan cara baik," tambahnya lagi.




Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "