Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video & Gambar) Hujan Lebat Berterusan, Singapura Dilanda Banjir Kilat Dan Pokok Tumbang

8 Jan 2018

Hujan lebat selama 3 jam tanpa henti pagi Isnin, 8 Januari telah menyebabkan banjir kilat dibeberapa bahagian timur Singapura.

Memetik laporan daripada Agensi Air Kebangsaan, PUB Singapura melalui akaun twitter mereka, amaran telah diberikan mengenai banjir kilat di Jalan Nipah, di persimpangan Sims Avenue dan Eunos Road 8 serta di Tanjung Katong Road seawal 8 pagi ini.



PUB juga telah mengeluarkan amaran banjir kilat di Jalan Arumugam, persimpangan Jalan Bedok dan Upper Changi Road East, persimpangan Upper Changi Road, Bedaok North Avenue 4 dan persimpangan Tampines Avenue 12.



Beberapa gambar dan video telah dikongsi penduduk tempatan melalui akaun sosial media mereka menunjukkan paras air yang semakin tinggi disetiap kawasan seperti dinyatakan daripada PUB Singapura.  Kelihatan juga kejadian pokok tumbang ditengah jalan yang hampir menghalang keseluruhan jalan raya.


Seorang pemandu Uber sambilan ditemui ketika dalam perjalanan ke Bedok North Avenue 4 sekitar jam 9 pagi berkata, "kereta saya hampir terperangkap di perairan, saya terpaksa menggunakan gear pertama dan perlahan-lahan bergerak keluar".




Sumber: Channel News Asia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "