Sebelas remaja ditahan pihak berkuasa selepas dilihat menunggang basikal yang telah diubah suai di Taman Semenyih Mewah, Selangor.
Remaja berusia antara 11 hingga 16 tahun itu ditahan kira-kira 5.30 petang pada hari Ahad lepas oleh Pegawai Siasatan dan Pegawai Trafik Kajang.
OCPD Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berakta, polis turut merampas 11 basikal milik remaja tersebut semasa operasi dijalankan.
"Kami percaya mereka telah mengubah suai basikal dengan bahaya. Pegawai kita telah pergi ke Taman Semenyih Mewah setelah menerima maklumat daripada penduduk tentang kegiatan remaja terbabit".
Beliau menambah sebanyak 11 saman telah dikeluarkan dibawah Peraturan 42 (1) (a) dan Peraturan 11 Peraturan Lalulintas Jalan 1959.
"Antara kesalahannya, tiada break pada basikal dan mengubah suai loceng. Kami sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987".
ACP Ahmad Dzaffir juga menasihatkan ibu bapa untuk memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan sebarang aktiviti haram yang mendatangkan kesan negatif terhadap kehidupan mereka.
Siakapkeli.my
Sumber: The Star
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**