Tulang Rusuk Wanita Ini Patah Akibat Batuk Terlalu Kuat
Seorang wanita berusia 66 tahun terkejut selepas mendapat tahu bahawa tulang rusuknya patah akibat batuk yang terlalu kuat.
Wanita yang pada mulanya hanya menghidap selesema ini bertemu doktor kerana mengalami rasa sakit di bahagian kanan badannya selain terdapat lebam yang teruk.
Bagaimanapun, imbasan Xray yang dibuat menunjukkan bahawa dia mengalami patah tulang rusuk selain terdapat hernia pada dinding dadanya yang disebabkan batuk tersebut.
Wanita warga emas yang berasal daripada Massachusetts ini pada awalnya disahkan menghidap jangkitan pernafasan yang menyebabkan selesema selain mengalami batuk selama dua minggu.
Meskipun telah diberikan vaksin lapan tahun lalu, dia didapati positif batuk kokol. Batuk kokol adalah jangkitan bakteria pada paru-paru.
Simpton batuk kokol sama seperti selesema iaitu hidung beringus, mata berair, sakit tekak dan suhu badan yang naik dan turun.
Batuk kokol amat berbahaya kepada bayi dengan satu daripada 500 bayi yang menghidapnya menemui maut.
Sumber - Dailymail
F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
BalasPadamburuan daftar 5ee80afe
Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
BalasPadamGabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.