Buat peminat kereta dari negara Matahari Terbit, selain Honda Civic dan Nissan Skyline, model keluaran Mitsubishi, Mitsubishi Lancer Evo turut menjadi pilihan kaki kereta di seluruh tanah air. Selain rekaan luarannya yang menarik dan 'jantan', enjinnya yang berkuasa juga menjadi sebab mengapa ia mendapat tempat di hati pemilik-pemiliknya.
Bagi mereka yang berduit, pasti sentiasa ternanti-nanti apakah penambah baikkan terbaru siri model yang mencetuskan fenomena dalam dunia permotoran dari dulu hingga sekarang. Maka tak hairanlah apabila Mitsubishi mengumunkan edisi akhir Evo X pada pada 2015 telah menyebabkan ramai peminat jentera tersebut kecewa.
Bagi mengubati sedikit kekecawaan tersebut, apakata kita ikuti perkongsian Serombong Kapal sebagai tribute kepada kenderaan lagenda sukan Rally dunia tersebut. Kami bawakan perkongsian tersebut untuk anda di bawah.
Tidak dapat dinafikan bahawa Mitsubishi Lancer Evolution, atau dipanggil Evo, adalah sebahagian sejarah automotif. Selain daripada penampilannya yang baik, ia telah menyusun legasi di dunia perlumbaan Rally dan mencetuskan fenomena dalam sukan bermotor dari dulu hingga sekarang. Ia adalah antara superstar JDM (Pasar Dalam Negara Jepun).
Itulah sebabnya berita Edisi Akhir Evo X pada tahun 2015 mengecewakan hati ramai peminat dunia permotoran, sementara ada yang berharap Evo membuat kemunculan semula yg heroik.
Namun, Mitsubishi telahpun mengumumkan pada Pameran Motor Tokyo 2017, kereta konsep 'crossover' elektrik E-Evolution akan menjadi.pengganti kepada sedan 4 pintu ikonik yang selama ini menjadi idaman semua remaja yg baru masuk alam baligh.
Tiada lagi bunyi turbo 'spooling' dan bunyi wastegate melepaskan lebihan 'kentut' dari nadi seekor haiwan ganas dan menakutkan.
Jadi, bagi mereka yang menyintai Mitsubishi Lancer Evolution sejak hari pertama, ini satu tribute kepada salah satu ikon sukan Rally amnya.
1. Lancer Evolution
Lancer Evolution yang pertama dilancarkan pada Oktober 1992. Terhasil dari keperluan untuk menggunakan kereta yang kompak bagi sukan rally kerana sebelum ini Mitsubishi menggunakan model besar seperti Galant dan Starion bagi perlumbaan rally. Dengan enjin 2.0L 4G63 dan pengecas turbo serta pacuan 4 roda yang terbukti sesuai untuk sukan rally, dengan 247 bhp dan tork 309 Nm, Lancer Evolution ini sukar dipandang rendah tidak kira dijalan raya mahupun di litar rally.
2. Lancer Evolution II
Lancer Evolution II keluaran Januari 1994 diberi sedikit 'tweak' dari segi suspensi dan enjin. Tiada major upgrade kerana 'persembahan' Evo I sebelum ini amat memuaskan hati. Cuma kuasa kuda enjin mendapat sedikit kenaikan dari 247 Bhp kepada 256 Bhp dengan bacaan tork yang sama iaitu 309 Nm.
3. Lancer Evolution III
Pada Februari 1995, Mitsubishi melancarkan Lancer Evolution III yg tampak lebih garang dengan bodykit yang agak garang. Dengan menaiktaraf sistem suspensi dan menala enjin 4G63 dengan pengecas turbo untuk mengeluarkan 266 Bhp dan 309 Nm tork, model Evo III ini antara model kegilaan peminat sukan rally sepanjang zaman. Model ini juga melonjakkan nama Mitsubishi sebagai 'Raja' dalam sukan rally. Musuh ketat mereka iaitu Ford dan Subaru dilihat gagal memberi saingan kepada kereta Mitsubishi ini.
4. Lancer Evolution IV
Lancer Evolution IV dilancarkan pada Ogos 1996. Buat pertama kalinya Mitsubishi melakukan 'Major Upgrade' ke atas model Lancer Evolution ini dengan reka bentuk baru yg dilihat lebih garang.
Kini, dengan foglight besar di bumper hadapan dan spoiler besar di belakang, Evo IV ini segera menambat hati peminat sukan bermotor. Bernadikan enjin 4G63 dan pengecas turbo dan pacuan 4 roda yang mengeluarkan 276 Bhp dan 330 Nm tork pasti tiada alasan untuk bergerak laju tak kira di tarmac mahupun di tanah merah.
5. Lancer Evolution V
Sedikit upgrade luaran pada Lancer Evolution V tahun 1998 dengan bonet hadapan, bumper dan spoiler yang berbeza dari Evo IV. Kuasa kuda enjin masih 276 Bhp atas sebab-sebab undang-undang di Jepun menghadkan kereta yang boleh di'tala' atau di'tune' perlu tidak melebihi 276 Bhp secara 'standard kilang'nya. Jumlah tork bagi model ini pula meningkat dari 330 Nm kepada 373 Nm lalu memberi kesan lebih 'kejantanan' semasa memandunya.
6. Lancer Evolution VI
Lancer Evolution VI dilancarkan pada Januari 1999 di saat Mitsubishi di puncak kejayaan dalam sukan rally. Dengan pemandu lagenda dari Finland Tommy Makkinen di cockpit, kejuaraan demi kejuaraan menjadi milik Mitsubishi. Masih mengeluarkan kuasa kuda yang sama dengan jumlah tork yang sedikit berkurangan pada jumlah 364 Nm, model ini menerima suntikan teknologi Active Yaw Control pada sistem differential dan transmisi bagi mengawal berapa banyak kuasa perlu diagihkan kepada setiap roda dengan bantuan sistem komputer yang pintar.
Terdapat keluaran terhad bagi model ini iaitu TME Edition (Tommy Makkinen Edition) sempena Kejuaraan Rally Dunia yang dirangkul Tommy Makkinen.
7. Lancer Evolution VII
Pada tahun 2001, Mitsubishi melancarkan model Lancer Evolution VII dengan rupa bentuk yang sangat berbeza. Kini Super Sedan ini telah kelihatan lebih dewasa dan tampak gagah. Berbekalkan enjin lagenda 4G63 dengan pengecas turbo, kuasa yg dihadkan adalah 276 Bhp dan 385 Nm tork.
Kereta ini telah dipopularkan oleh mendiang Paul Walker dalam filem 2 Fast 2 Furious bersama sebuah lagi model kereta Mitsubishi iaitu Eclipse Spyder.
8. Lancer Evolution VIII
Lancer Evolution VIII keluaran Januari 2003 diberi bodykit yang agak berbeza dari model sebelumnya. Dengan sedikit kekemasan dan kurang agresif, Evo VIII ini dilihat seperti sudah dijinakkan. Tetapi segala naiktaraf yang dilakukan di bahagian dalaman amat mengagumkan. Dengan sistem suspensi yang baik, dengan super computer yang mengawal 4 roda lebih bijak dari manusia mampu. Evo VIII ini bukanlah calang-calang sedan.
9. Lancer Evolution IX
Lancer Evolution IX yang dilancarkan Mac 2005 adalah model terakhir yang menggunakan khidmat enjin 4G63 dengan pengecas turbo. Dibantu dengan sistem kawalan injap MIVEC, dan super computer mengawal kuasa ke 4 roda, model ini amat popular dalam scene street racing. Enjin yang boleh ditala sehingga mencapai 1000 Bhp, sukar untuk menundukkan raksasa ini di jalanan. Kecuali ketika bertemu Godzilla.
10. Model Lancer Evolution X
Model Lancer Evolution X atau 10 ini adalah model yang paling lama jangka hayat jualannya. Dari tahun 2007 sehingga 2015, ramai pemerhati melihat Mitsubishi seperti hilang idea dan tidak mahu melangkah ke nombor 11.
Tekaan mereka tepat dengan Mitsubishi mengumumkan mereka akan menamatkan Lancer Evolution pada keluaran ke-10 ini sahaja. Dengan enjin yang baru dan lebih pintar, sistem suspensi yang berkelas dunia, model ini menjadi kegilaan remaja alaf baru.
Keluaran limited bagi model ini FQ-400 dengan 400 Bhp yang dibangunkan di UK menjadikan supercar seperti Lamborghini dan Ferrari makanan di litar lumba.
Sumber : Serombong Kapal
Ayo pasang jagoanmu disini Upd4te Bett1ng
BalasPadamInfo lanjut 7ACD8560
Ayo daftarkan diri Anda di F4ns Bett1ng
BalasPadampin bbm 5ee80afe
ayo menang kan ratusan juta rupiah di FANSPOKER || tunggu apa lagi gan , segera daftar kan diri anda di WWW.FANSPOKER.COM
BalasPadam|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)
dicoba keberuntungannya bersama kami, menangka n uang jutaan rupiah, hanya dengan minimal deposit 10.000
BalasPadamyuk bergabung segera dengan kami di dewapk^^ segera di add pin bb kami D87604A1 :* :*