Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Tiba-Tiba Kereta Menyerong Seperti Drift Dan Terus Berpusing," Lelaki Dakwa Jadi Mangsa Khianat Di Cerun Terowong Menora

8 Jan 2018


8 Jan - Aktiviti penganiayaan di lebuh raya bukan lah satu jenayah baru dalam negara ini. Sudah ramai yang telah menjadi mangsa kepada orang-orang yang tidak bertanggungjawab hanya sekadar mahu meraih keuntungan secara mudah.

Lebuh raya utama negara pastinya menjadi tumpuan kepada si pelaku-pelaku ini menjalankan kegiatan jenayah mereka. Antara taktik yang digunakan ialah, menabur paku di jalan raya, menuang minyak dan pelbagai lagi taktik licik untuk membuat kenderaan terbabas.

Si pelaku akan menunggu di kawasan berdekatan kerana apabila ada kereta yang sudah menjadi mangsa mereka, mudah untuk mereka menghampiri mangsa.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Mohd Ikhwan Ahmad Zaki berkongsi cerita di mana beliau merasakan telah menjadi mangsa penganiayaan jalan raya di kawasan terowong menora.


Menurut kenyataan beliau, keadaan keretanya berada dalam kondisi yang sangat baik dan mustahil kemalangan itu berlaku akibat daripada kondisi kenderaannya ataupun kecuaian dirinya. Dia juga mengatakan dia tidak merasa mengantuk ataupun bermain telefon bimbit ketika memandu.

Apa yang mencurigakan Ikhwan, sebaik sahaja kemalangan itu berlaku ada dua orang lelaki sudah bersedia di tempat akhir kereta Ikhwan berhenti dan menawarkan perkhidmatan tunda kereta.

Ikhwan bertambah curiga apabila ada seorang yang tak dikenali menghubungi beliau dan mahu membantu untuk membaiki kenderaannya yang rosak. Ikhwan pasti itu bukan dari pihak Takaful Etiqa.

Apabila terlalu banyak perkara yang mencurigakan, Ikhwan telah merasakan bahawa beliau sekeluarga telah dikhianati dan kemalangan ini sudah dirancang.

Ikhwan bersyukur dia dan keluarga tidak mengalami sebarang kecederaan dan keretanya juga tidak mengalami kerosakkan yang serius dan menganggap segalnya yang terjadi adalah takdir dari Allah S.W.T.

Berikut adalah kisah penuh yang diceritakan Mohd Ikhwan melalui laman Facebooknya. Semoga perkongsian ini dapat mendidik kita supaya lebih berhati-hati dijalan raya dan berdoa agar kita tidak menjadi mangsa manusia yang tidak berhati perut ini.


Catatan dari saya mangsa kemalangan Km 259 (U) PLUS pada 4 Jan 2017

*Tujuan catatan saya adalah peringatan kepada kita semua agar selamat. Tidak dengan niat menuduh sesiapa. Ada banyak faktor kemalangan. Kita doakan agar Malaysia selamat dari apa-apa usaha penganiayaan, kita amat kesali dan semua pihak perlu berganding bahu mencegah punca akar masalah ini.

Tuan-puan juga boleh bertukar pengalaman dan pandangan untuk kebaikan semua.

Tuan-puan semua, berhati-hatilah semasa kawasan curam dan selekoh. Jika tak yakin, guna laluan lain. (Contohnya jalan lama melalui Sg Siput yang tidak securam laluan kemalangan saya)

Masa turun bukit, di selekoh. Selepas keluar terowong Menora Kuala Kangsar.

Masa itu memang fokus bawa. Tangan tak pegang telefon. Tiada unsur mengantuk, cuai, terburu-buru. Saya tak tergesa-gesa. Seperti biasa, semasa turun curam, saya fokus kawal kenderaan.

Di lorong kanan. Kelajuan biasa (yakni seperti kelajuan cermat biasa saya bawa selama ini semasa turun cerun - bukan terlalu perlahan dan pastinya tidak laju). Saya tidak memecut di situ. Hati saya sendiri tahu dan nasihat saya apabila kereta laju, itu tidak selamat dan saya akan elakkan. (Dari sudut lain, saya bukan jenis kaki cucuk, kaki potong, kaki pecut dan bersilang-silang menyelit)

Stereng memang stabil untuk saya kekalkan selamat dalam lorong kanan.

Kemudian apabila laluan sudah mula agak lurus (bukan selekoh tajam), tiba-tiba tayar/kenderaan terasa seperti menyerong (drift? glide? skid?) ke kiri walaupun tangan dan stereng kemas memegang untuk lurus ke depan. Seperti ada benda tarik kereta ke arah kiri. Saya cuba perlahankan kereta. Tekan brek secara biasa (bukan dalam keadaan panik). Dari situ berpusing-pusing. Selepas itu, tiada apa dapat saya buat.

Selepas kejadian, saya masih terbayang. Bagaimana jika ada kenderaan lain di belakang kami laju lalu melanggar kami?

Isteri dan anak kecil saya berada di belakang. Dia menjerit panik selepas terjaga dari tidur. Pada hari kejadian, dia rasa pelik dan hanya doa minta Allah selamatkan perjalanan kami.

Semasa kereta berpusing banyak kali dan saya tak mampu buat apa, saya terfikir : mungkinkah umur saya akan habis di sini?

Tiada kecederaan berlaku. Impak pelanggaran dengan penghadang tepi jalan tidak kuat (dengan merujuk keadaan beg udara tidak diaktifkan, tiada cermin pecah, kami tidak terhantuk) kerana kereta tidak bergerak laju.


Tayar depan dan belakang bunga masih elok, tidak haus. Tidak pecah/bocor.

Cuaca semasa itu tidak hujan. Saya yakin permukaan jalan tidak mengalirkan air deras. Setidak-tidaknya sekadar lembap. (Jika saya mampu kembali ke lokasi impak mula terjadi, saya ingin kaji keadaan permukaan jalan dan teliti cari mana-mana kesan kewujudan bahan luar). Semasa kami sudah keluar dari kereta dan berdiri, tidak lama selepas itu terasa sekadar beberapa titis air kecil dari langit.

Permukaan jalan boleh jadi bertambah licin akibat minyak keluar dari enjin kereta lori. Boleh jadi disengajakan dengan diletakkan oleh sesiapa yang tak bertanggung jawab (yang ini adalah samar). Maka perlu siasatan lebih terperinci. Mungkin ambil sampel.

Kereta saya sentiasa servis ikut jadual di pusat sah Perodua.

Laluan itu telah begitu banyak kali saya lalu (bukan kali pertama). Saya banyak berulang ke rumah asal di utara dari Lembah Klang sejak 2014 dengan kereta sendiri. Saya bermaksud : saya pernah ada pengalaman. Namun saya tidak pandang rendah dan berikan perhatian semasa lalu di situ. Nauzubillah, bukan mengaku pakar. Tidak sesekali.

Berapa perkara membuatkan kita berfikir lebih:

1. Respon segera dan tawaran bantuan diberikan penyedia perkhidmatan luar syarikat takaful insurans. (Insya Allah ada yang jujur. Tapi masih kena beringat tentang risiko penipuan) Mereka cepat bertindak mendekati kita, bahkan menghubungi telefon kita untuk khidmat baiki kenderaan (walaupun kita belum hubungi mereka).
Semasa insiden saya, sudah ada wakil pihak tertentu di lokasi itu. Dia datang kepada kami beri arahan utk keluar kereta pergi tempat selamat dan bawa barang berharga. Dia tanggalkan no plat kenderaan. Dia berunding dengan nada seingat saya "nak tolong saja, tak minta duit".

2. Kawasan akhir kereta berhenti terbabas adalah dekat dengan kawasan lapang.

3. Kita teringat tentang catatan insiden seperti di kawasan Karak/Pahang. Dalam catatan itu, penulis menyebut kemungkinan ada unsur khianat. Didakwa cecair pelicin diletakkan.

4. Polis Kuala Kangsar dan Bengkel Perodua Ipoh maklumkan kes di situ banyak berlaku. Jika statistik begitu tinggi, mesti ada sesuatu yang kita kena kaji semula.

Terjadi kepada saya pada 630 ptg 4/1/2018

Pada kira-kira 400 ptg 5/1/2018 semasa saya menuju Ipoh, saya lihat sudah ada kereta tersadai dengan remukan di depan pada lokasi seperti saya sehari sebelumnya.

Pemasangan dashcam boleh bantu kita dengan rekod untuk analisis selepas insiden.

Siasatan dan kajian terperinci wajar dilaksanakan untuk benar-benar menemukan punca akar. Umpamanya keputusan meniadakan Tol Jelapang setelah banyaknya kes kemalangan selepas turun curam.

Kita kena bertindak sekarang. Jika tidak, keluarga dan rakan kita mungkin maut/cedera di situ.

Saya mohon ampunan Allah dan kemaafan mana-mana pihak jika ada kesalahan dalam usaha berkongsi pengalaman dan kesedaran ini.

(Yang bawah ni saya copy paste dari mesej kepada kawan luar Malaysia)

Just to add on. My wife asked me. Why I was not panicked when it was turning many rounds before it stopped.

Because before the incident, I was in control. I drove at moderate speed. I did not speed up. I was trying to control the situation.

Anyway, it is a bit traumatic. Need time to recover.

Indeed I did my very best. All happened with the taqdir from Allah.
 - Siakapkeli.my


Sumber: Malaysian Response Team
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
    menangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
    ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "