Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

[Terbaru] Perbezaan Mata Ganjaran Stesen Minyak, PETRONAS Menawarkan Mata Ganjaran Paling Tinggi

23 Jan 2018


Semua orang isi minyak, tetapi tak semua orang isi minyak guna kad royalti. Mengisi minyak petrol tanpa menggunakan kad royalti merupakan perkara yang amat merugikan. Sepatutnya kad royalti ini sudah perlu diwajibkan kepada setiap individu apabila mengisi minyak.

Bukan apa, bila anda isi minyak pakai kad royalti, sekurang-kurangnya anda akan mendapat semula pulangan dengan setiap titik minyak yang dibelanjakan. Tak susah mana pun, serah je kat cashier waktu nak isi minyak, cashier tu pun swipe je. Rasa macam point terkumpul dah banyak, pergi lah claim, dapat minyak free.


Cuma persoalannya, kad royalti manakah yang menawarkan ganjaran paling tinggi apabila ditebus? Berikut merupakan kiraan mudah untuk membandingkan nilai sebenar tebusan untuk setiap ganjaran yang diberikan oleh beberapa stesen minyak di Malaysia.


Contohnya anda isi 225 liter, anda akan mendapat 675 mata ganjaran, jauh lebih tinggi berbanding yang lain. Dengan mata ganjaran 675, anda boleh menebus minyak percuma atau barangan di Kedai Mesra yang bernilai RM 6.75. Banyak tu! Kalau dah kumpul ribu-ribu liter? Tak ke dah dapat minyak penuh free?

Selalunya anda hanya akan diberikan satu mata ganjaran untuk setiap liter, tetapi atas sifat murah hati, PETRONAS naikkan 3 kali mata ganjaran setiap kali anda mengisi minyak. Bukan 2, 3 beb! Berbeza dengan pesaing-pesaing lain yang memberikan mata paling tinggi 450 mata (225 liter x 2 ganda) jika 1 liter tebus 2 mata ganjaran dan bersamaan hanya RM4.50.


3 kali mata ganjaran ini termasuklah Petronas Primax 95 dan 97, Dynamic Diesel Euro 2 dan Euro 5. Yang best tentang mata tinggi ni, anda boleh kumpul mata dengan lebih cepat untuk menebus ganjaran. Selain menebus minyak percuma, anda juga boleh menebus apa-apa sahaja barangan di kedai Mesra setiap stesen PETRONAS. Kad Mesra PETRONAS, Lebih Nilai, Lebih Cepat, Lebih Mudah.

Apa lagi alasan anda untuk tidak memiliki kad royalti, terutamanya Kad Mesra PETRONAS? Tak susah pun nak dapatkan kad royalti. Anda boleh mintak kad royalti kat mana-mana stesen Petronas yang berhampiran, lepastu daftar kat sini. Anda juga boleh mendaftar melalui SMS, 

KADMESRA< >17 digit nombor kad Mesra < > No kad pengenalan < > Nama dan hantarkan ke 36732

Ianya adalah percuma. Sudah lah percuma, pastu dapat pulangan pulak tu. Memang rugi betul siapa yang masih tak pakai kad royalti untuk isi minyak. Anda boleh baca dengan lebih lanjut tentang mata ganjaran PETRONAS di pautan sini.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "