Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Setahun 2 3 Kali Jer Period, Rupanya Saya Ada Tumor Pada Kelenjar 'Pituitary' Dalam Otak Yang Hampir Menyebabkan Saya Buta

25 Jan 2018

Ramai wanita di Malaysia mengalami masalah kitaran haid yang tidak normal.  Ada diantara mereka yang hanya mengalami haid sekitar 2-3 bulan setahun.  Wanita normal biasanya mengalami haid sebulan sekali dengan tempoh masa 5 hingga 7 hari.

Seorang wanita bernama Michelle Apong yang hampir menghidapi penyakit berkenaan telah berkongsi sedikit sebanyak membuka mata kita bahawa pentingnya untuk merujuk atau memeriksa setiap kali mengalami perubahan badan yang tidak normal kepada pakar perubatan. Ini adalah kerana, melalui kisah yang dikongsi, Michelle langsung tidak pernah menyangka masalah hormon yang dihadapi itu telah menjurus kepada pertumbuhan tumor dalam otak dan hampir saja meragut deria penglihatannya.

Ikuti penjelasan beliau ketika menjalani pemeriksaan kesihatan 2 bulan lalu bersama seorang pakar neurologi selepas dia didiagnos dengan penyakit Pituitary Microadenoma.
Doktor: "Kamu ada baby, tapi baby kamu ada dekat tempat lain. Ini baby dalam kepala kamu. "Baby" ni mahu kena buang ni."

So, ini antara salah satu dialog Specialist neuro yang merawat saya kira-kira 6 bulan lepas semasa saya baru didiagnose dengan penyakit Pituitary Microadenoma. Sambil beliau menunjukkan gambar "baby" a.k.a tumor tersebut. Ini adalah gambaran MRI saya. Sejenis tumor didalam otak yang berhampiran dengan saraf mata (sila google utk penjelasan yg lebih dalam). Disebabkan hormon pituitary yg abnormal, patutlah kitaran haid saya tidak regular seperti wanita biasa. Setahun 2, 3 kali sahaja datang haid since 2012.



Berapa kali check up di KK, alasan doktor mesti cakap benda sama. Hormon tak seimbang mungkin stress.  Sampailah dua tahun berkahwin, teringin untuk ada baby seperti orang lain. Tapi macam mana mau ada baby, period pun tak ada. Herannnn

Berbalik kepada tumor saya tadi, sekiranya saya lambat sedikit mengetahui ada "baby" yang "lahir" dalam kepala tersebut, mungkin saya akan buta kerana tumor tersebut akan menekan saraf mata. Kesannya, buta dan saya tidak dapat melahirkan cahaya mata disebabkan oleh hormon pituitary yg abnormal.

Lama sudah saya ingin berkongsi tentang penyakit saya ini, tapi saya tidak ada kesempatan dan tidak mahu menagih simpati. Tetapi disebabkan rakan-rakan saya ada masalah yang sama iaitu, masih menanti cahaya mata setelah lama berkahwin. Dan ada yang mempunyai period yang tidak regular dari zaman remaja. Jadi wujudnya kesedaran saya untuk memberikan kesedaran kepada wanita diluar sana supaya tidak memandang ringan terhadap masalah kitaran haid yang tidak menentu.



Bagi remaja diluar sana, haid tidak menentu selalu dikaitkan dengan masalah hormon. Ya hormon. Tapi sedarkah anda hormon yg abnomal itulah yang akan menjadi masalah untuk anda mendapatkan cahaya mata kelak.

Jadi pesanan saya, rajinlah check up tentang masalah kesuburan anda. Jangan sampai ada tumor yang tersembunyi seperti saya, lalu anda tidak dapat menimang cahaya mata sampai bila-bila kelak.

Oh ya, tumor saya masih kecil dan tidak memerlukan pmbedahan. Cuma ubat saja untuk membuangnya. Puji Tuhan saya diberikan peluang awal untuk membuang tumor tersebut. Cuma sekarang saya tidak dapat melakukan MRI untuk memastikan tumor tersebut telah hilang disebabkan saya tidak dapat terdedah kepada sinar x-ray smpai bulan 8 kelak.

Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "