Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

''Saya Amal Liquid Diet Dan Clean Eating,'' Wanita Kongsi Resepi Yong Tauhu Buatnya Berjaya Turun Berat 35kg Dalam 7 Bulan

10 Jan 2018

Setiap orang ada cara yang tersendiri untuk menurunkan berat badan sama ada dengan bersenam, mengambil supplemen tertentu atau menjaga pemakanan. Menguruskan badan tidak mudah, tapi dengan cara yang betul bukan mustahil untuk anda mendapatkan berat ideal.

Menjaga pemakanan menjadi salah satu cara berkesan mendapatkan berat idaman anda. Namun sanggup atau tidak untuk tinggalkan nasi, makanan berminyak, gula dan segala jenis makanan segera untuk kurus? Jika anda sanggup, tips dan resipi diet yang dikongsikan Maria Adam di Group Masak Apa Hari Ni (MAHN) boleh dijadikan panduan.

Percaya atau tidak, beliau hilang 35 Kg dalam tempoh tujuh bulan dengan mengamalkan sejenis menu sahaja. Rebus yong tau fu bersama sayur, masak sup dan siap dimakan.

Jom ikuti perkongsian beliau di bawah.

Saya hilang 35kgs dengan liquid diet dan clean eating, dlm masa 7 bulan, dulu sakit but now dah baik.

Tak makan nasi,benda berminyak dan gula, air gas semua tak minum, for energy i ambik half cup of coffee.

Yong tauhu ni boleh buat sendiri kat rumah, bahan yong tauhu ada jual kat pasar dan murah. Rm20.00 boleh buat you punya stock makan seminggu n you add on kan sayur apa yg you nak dalam tu.

Rebus semua sekejap and for kuah dia saya cuma panaskan air, letak ikan bilis, halia, bawang putih sikit, lepas mendidih saya add on kan lada putih.

Bahan bahan yong tauhu tu you all rebus dulu, ambik portion yg you all nak makan, yg selebihnya simpan kat freezer.

Yg suka pedas boleh lah hiris cili merah potong letak kicap dan makan dengan dia, all the best everyone, apa yg kita masukkan dalam badan kita itulah yg akan jadi kita.

Jom try.

Resepi yong tauhu maria masak

First you all kena pi pasar basah berdekatan sebab kak maria tak rasa pasar raya ada jual complete.

Cari yg jual yong tauhu ni kat mana, sampai depan dia pilih, pilih banyak takpe sebab satu tu 30 cents, 50 cents, 40 cents. Seminggu punya stock tak sampai rm20.00.

Lepas tu pi tempat sayur and beli sayur/vege yg you all suka, kangkung, kobis bunga, carrot, suka hati you all, ambik sikit sikit jer.


Sampai rumah, ambik portion yg you all nak makan sahaja dan lepastu balance dia simpan tempat freezer.

Cuci yg you all dah potong tadi, toskan. Panaskan air dan bila air mendidih masukkan semua bahan yang you all nak makan, rebus sekejap sahaja dan angkat toskan.

Untuk kuah, panaskan air dlm periuk atas dapur, letak ikan bilis, bawang putih, halia, masukkan garam ajinomoto sikit dan lada putih serbuk tu white pepper.

Ambik kuah masuk dalam mangkuk dan lepas tu letaklah yong tauhu you all tadi, hirislah daun bawang tabur atas dia, ready untuk makan.

If nak pedas you all hirislah cili api atau lada merah letak kicap sikit dan makan lah,kenyang dan healthy.


All the best everyone dari makcik makcik now dah macam babe hahaha, suami pulak risau dia kata dia dah macam pakcik pakcik dan saya jalan dengan dia macam saya jalan dengan sugar daddy.

I lost 35kgs within 7 months with clean eating. You all belajar liquid diet dan clean eating,google jer atau pi kat pinterest banyak menu clean eating and liquid diet kt situ.

Telur rebus, sayur steam, juice yg buat sendiri, susu, yogurt, buah buahan. Yang perlu ada kat rumah juice extractor, blender yg buat smoothie rm70.00, steamer electric ni semua ada jual kat kedai electric.

Ini guide sahaja and you all adjust ikut cara you all.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  2. hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "