9 Jan - Kanak-kanak menangis pada hari pertama persekolahan adalah perkara biasa yang berlaku di Malaysia. Malah, ada pula yang tidak mahu langsung ke sekolah dan ada juga yang mahu ibu bapa mereka menunggu mereka diluar kelas sehingga habis waktu belajar.
Ketika sesi persekolahan dibu baru-baru ini, banyak sekolah yang telah mengambil pendekatan baru apabila menyediakan maskot watak animasi yang menjadi kegemaran kanak-kanak pada ketika ini.
Watak animasi seperti Upin&Ipin, 'Iron Man', 'Mickey Mouse' dan 'Boboi Boy' telah menjadi daya tarikan terbaru yang dipraktikkan oleh pihak sekolah untuk pelajar yang baru sahaja ingin melangkah ke alam persekolahan menjadi ceria dan gembira.
Guru-guru juga tidak kurang hebatnya, apabila dengan rela hatinya menawarkan diri untuk memakai Maskot itu pada hari pertama persekolahan.
Usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah ini mendapat pujian daripada ibu bapa dan beranggapan usaha yang dilakukan ini memang sesuai dengan keadaan semasa ketika ini.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Supyanukm Hussin, dalam entri terbarunya menyatakan antara sebab-sebab anak menangis pada hari persekolahan.
Menurut beliau, ibu bapa dan juga guru perlu mewujudkan rasa selamat pada anak-anak kerana punca utama kanak-kanak menangis adalah kerana mereka rasa tidak selamat ketika berada di sekolah.
Supyanukm juga berpendapat, antara langkah . untuk mewujudkan rasa selamat kepada anak-anak ialah ibubapa dan guru perlu berkenalan di depan anak, mengajar mereka bersalaman dengan guru dan ibu bapa dan guru perlu sentiasa senyum di depan anak-anak.
Selain itu, guru harus memainkan peranan dengan menyentuh murid, bersalaman dengan murid, pegang tangan murid dan usap kepalanya dengan perlahan. Tunjukkan kemesraan antara ibu bapa dan guru supaya timbul rasa selamat dalam diri murid tersebut.
Tambahnya lagi, guru harus faham psikologi pembangunan kanak-kanak dan pedagogi yang sesuai untuk kanak-kanak. Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, ibu bapa dan guru harus bersama-sama memainkan peranan untuk mewujudkan suasan yang ceria di sekolah untuk anak-anak.
Berikut adalah perkongsian penuh daripada Supyanukm tentang bagaimana untuk mewujudkan rasa selamat dalam diri anak-anak. Semoga selepas ini tiada lagi masalah anak murid menangis di hari pertama persekolahan. Semoga bermanfaat.
Kenapa ada kanak-kanak kecil menangis bila masuk sekolah atau pra-sekolah di hari pertama? Kenapa ada yang nak balik rumah dan tak mahu sekolah pada hari pertama? Kenapa anak takut bila ibubapa tinggalkan anak tadi di sekolah? Jawapan saya ia adalah kerana "rasa selamat" belum wujud dalam diri pelajar ketika hari itu dan saat itu.
Bagaimana guru dan ibubapa boleh wujudkan "rasa selamat" pada anak kecil di sekolah/pra-sekolah pada hari pertama?
1. Ibubapa dan guru berkenalan depan anak, didik anak salam dengan guru. Ibubapa senyum, guru senyum.
2. Guru harus senyum dan sentuh pelajar, salam dengan pelajar pegang tangan pelajar, gosok kepala dia perlahan, pegang pipi pelajar dan sapu perlahan dengan kasih sayang dan senyum
3. Tunjukkan kemesraaan antara ibubapa dan guru depan anak.
Anak menyaksilkan semua perkara di atas ini, dan merasa sentuhan guru dengan mesra, dan saat ini pelajar akan timbul "rasa selamat" berada bersama guru. "Rasa selamat" yang selama ini hanya pada ibubapa kini sudah boleh dirasa juga oleh pelajar apabila bersama guru pada hari pertama.1.
Dalam teori hiraki keperluan manusia oleh Maslow, tahap "rasa selamat" (sense of security) ialah tahap kedua selepas tahap fisiologi. Jika guru dan ibubapa boleh wujudkan "rasa dikasihi dan mahu dikasihi" (sense of love, to love and to be loved) masa hari pertama pelajar datang ke sekolah/prasekolah, maka itu lebih baik lagi. Bagaimana caraya?
Guru bawa pelajar masuk ke kelas bertemu dengan rakan-rakan baru dalam kelas. Berikan pelajar kertas lukisan kosong dan berikan pensil warna kepada pelajar, dan jika pelajar ada bawa pensil warna, maka minta pelajar keluarkan pensil warna dan minta semua pelajar mewarna lukisan kosong tadi.
Kepada pelajar yang tidak bawa pensil warna, guru boleh minta pelajar sebelahnya pelajar lain pinjamkan (share) satu dua pensil warna kepada pelajar yang tidak ada pensil warna. Apa yang berlaku di saat ini? Pelajar rasa selamat, rasa dikasihi kerana dapat perhatian dari guru dan pelajar ada rasa mengasihi bila sedia pinjamkan pensil warna kepada yang lain.
Setiap awal tahun saya cuba kaedah ini bersama guru di pra-sekolah (PASTI) yang saya masih uruskan di tempat saya tinggal. Insya Allah setakat ini kaedah ini berjaya. Guru harus faham psikologi pembangunan kanak-kanak (psychology of child development) dan pedagogi yang sesuai untuk kanak-kanak. Selamat mencuba. Tepuk tangan sebelah tidak berbunyi. Ibubapa atau penjaga dan guru mesti main peranan bersama untuk saat awal ini.
Bagi pelajar yang sudah terdedah kepada pra-sekolah atau interaksi sosial dengan meluas di tempat tinggal, suka bergaul dengan kawan-kawan, mereka tidak rasa takut atau khuatir bila ditinggalkan oleh ibubapa di sekolah pada hari pertama. - Siakapkeli.my
Setiap awal tahun saya cuba kaedah ini bersama guru di pra-sekolah (PASTI) yang saya masih uruskan di tempat saya tinggal. Insya Allah setakat ini kaedah ini berjaya. Guru harus faham psikologi pembangunan kanak-kanak (psychology of child development) dan pedagogi yang sesuai untuk kanak-kanak. Selamat mencuba. Tepuk tangan sebelah tidak berbunyi. Ibubapa atau penjaga dan guru mesti main peranan bersama untuk saat awal ini.
Bagi pelajar yang sudah terdedah kepada pra-sekolah atau interaksi sosial dengan meluas di tempat tinggal, suka bergaul dengan kawan-kawan, mereka tidak rasa takut atau khuatir bila ditinggalkan oleh ibubapa di sekolah pada hari pertama. - Siakapkeli.my
Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50
BalasPadamF4ns Bett1ng
BalasPadamB0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**
Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
BalasPadamKesempatan Menang Lebih Besar,
|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||