Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Menyesal Tak Sudah, Anak Tak Diberikan Suntikan Vaksin Meninggal Dunia, Doktor Kongsi Kebaikan Vaksin Pneumococcal Untuk Sistem Imunisasi Awal Kanak-Kanak

23 Jan 2018
Rentetan satu kes kematian seorang kanak-kanak berumur 9 tahun akibat penyakit meningitis, pengetahuan dan penggunaan bagi vaksin Pneumococcal ini lebih meluas. Daripada kes kematian tersebut, doktor tidak dapat mengesahkan penyakit tersebut dalam tempoh 24 jam, lalu kanak-kanak itu terus meninggal dunia.

Meningitis adalah penyakit kuman diselaput otak, ia akan disusuli dengan demam kuat, sawan sehingga kanak-kanak itu koma.  Namun pun begitu, penyakit ini dapat dicegah 95% jika diberikan suntikan vaksin Pneumococcal.



Vaksin Pneumococcal ini adalah sejenis imunisasi untuk anak-anak sebagai salah satu rawatan mencegah daripada jangkitan kuman diparu-paru atau Pneumonia, Meningitis (jangkitan radang selaput otak), Bakterimia (jangkitan darah) dan Otitis Media (jangkitan telinga).

Ibu bapa perlu mempertimbangkan suntikan vaksin Pneumococcal ini bagi meningkatkan kadar imunisasi anak anda.  Walaupun harga yang dikenakan agak mahal namun tidak sama rasanya jika nak dibandingkan dengan nilai nyawa anak itu.



Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang vaksin Pneumococcal ini serta virus-virus yang berkait rapat dengannya, mari ikuti perkongsian daripada Doktor Pediatrik, Hospital Terengganu, Doktor Salehuddin Sulaiman melalui akaun Facebooknya.

Vaksin Pneumococcal

Dah lama nak tulis pasal ni, tapi tak kesampaian.

Intro:
Kuman Pneumococcal (baca 'neumokokal), nama sebenar: streptococcal pneumoniae.

Kuman ni merupakan 'kuman peliharaan' di dalam hidung kanak2 di bawah umur 5 tahun (paling ramai, bawah 2 tahun),
Satu dalam 5 kanak2 di Malaysia (dan juga di negara lain) 'pembawa' kuman ni.



Kuman ni boleh menyebabkan jangkitan di
1. telinga ( otitis media). Kesan jangka panjang: pekak
2. Paru paru (pneumonia). Kalau nasib tak baik, dapat paru2 bernanah (empyema) atau masuk ICU
3. Dalam darah (bacteremia).
4. Selaput otak (meningitis). Kesannya, sama ada lumpuh atau cacat, atau meninggal.

Banyak orang sebut vaksin ni dapat cegah jangkitan paru2. Itu kurang tepat. Nanti saya explain.

Semua penyakit2 bawaan kuman ni, majoriti kes berlaku di kalangan bayi atau kanak2 bawah dua tahun. Kenapa?
Sebab yg saya sebut di atas ( kuman ni ada dlm hidung kanak2) dan juga kerana sistem pertahanan tubuh bayi tak sematang orang dewasa/ kanak2 besar.



Oleh sebab itu, vaksin ni sangat disyorkan dimulakan seawal mungkin (2 bulan dah boleh start cucuk).

Kuman yang boleh menyebabkan jangkitan paru2 (dan selaput otak) ni banyak. Ada virus (contoh influenza- pernah dengar selsema burung, H1N1? Adenovirus, RSV), bakteria (salah satunya Pneumococcal ni) dan juga kulat.

Bakteria pula, ada banyak jenis. Ada hemophilus, mycoplasma, streptococcal, legionella, chlamydia.
Kalau dulu (sebelum tahun 2002), hemophilus influenzae b (Hib) merupakan pemenang tempat pertama untuk carta kuman yang menyebabkan pneumonia dan meningitis. Pneumococcal dapat no 2 je.  Tapi, selepas vaksin Hib diperkenalkan oleh kementerian kesihatan mulai 2002 (dalam vaksin yg 5 atau 6 serangkai tu lah), kes yg disebabkan oleh Hib ni turun mendadak. Yg naik jadi juara siapa?
Pneumococcal lah!



Saya pernah ditanya
'Kenapa anak saya dah diberikan vaksin Pneumococcal ni. Tapi dia dapat juga pneumonia.'
Macam saya sebut tadi, bukan Pneumococcal je yg menyebabkan pneumonia. Banyyyaaakkk lagi kuman lain yg menjadi punca pneumonia.

Kalau nak mudah faham, macam ni lah. Saya bagi satu analogi mudah.
Di KL, disebabkan jem sangat teruk, walaupun dah ada MRT, highway baru bla bla bla, maka kerajaan memperkenalkan satu rule baru.
Semua kereta Myvi tidak dibenarkan masuk area KL. Sebabnya, jumlah kereta paling banyak di area KL ni ialah Myvi.
(Contoh je ni. Kau jangan dok bg statistik kereta apa paling banyak di KL pulak!)
Ok
Adakah ini bermakna, kita boleh tidur atas jalanraya di KL? Sebab kereta myvi dah takde di atas jalan di KL? Of course takleh
Sebab kereta orang di KL ni, bukan myvi je. Ada kereta jenama lain lagi. Toyota, Honda, BMW, jaguar, audi dan apa2 je lah.
Tapi kalau nak tengok myvi, susahlah. Sebab kena block awal2 lagi. Maybe ada la seekor dua myvi yg terlepas (maybe yg dah diubahsuai nampak macam Iris kot).



So macam tu la juga konsep vaksin Pneumococcal ni. Insya Allah, bila vaksin ni dimasukkan ke dalam jadual imunisasi kebangsaan (tak tau bila..), korang akan lihat kes Pneumococcal ni berkurang. Actually, bukan korang pun, tapi doktor2 dan juga pegawai kesihatan yg terlibat merawat pesakit yg akan nampak trend ni.

Buat masa ni, memang kena keluarkan duit sendiri, cari di klinik atau hospital swasta.
Sekitar rm250 untuk satu suntikan.
Ada 4 dos kalau start sebelum umur 6 bulan, iaitu 3 dos sebelum umur setahun, satu lagi selepas umur setahun. Sila consult doktor anda untuk jadual suntikan anak anda.



Mahal? Kalau anak anda cacat, pekak, masuk Icu sebab tak dapat bernafas, atau meninggal, duit banyak manapun tak boleh kembalikan anak anda kepada keadaan asal sebelum dia sakit.
Ada pesakit saya yg mendapat paru2 bernanah kerana Pneumococcal (siap kena tebuk paru2, dan kena makan antibiotik selama sebulan, pastu tiap2 bulan dapat serangan paru2 sempit macam asthma).
Satu je soalan dia.
Kenapa dia tak tahupun pasal vaksin tambahan ini. Biar berapa hargapun, dia pasti sanggup bayar. (Nasib baik dia first time jumpa saya waktu tu)

So, ini hanyalah usaha kecil saya untuk memberi kesedaran kepada anda semua. Kalau anda decide tak nak ambil, jangan kata abang tak payung.

Cukuplah setakat ni saya explain pasal Pneumococcal ni.
Kalau ada point penting, saya akan edit balik.
Kalau ada yg nak tanya, sila tanya diruang komen ya. Saya, atau orang lain boleh cuba jawab soalan tu, insya Allah.
Kalau ada fakta yg salah, sila betulkan.

Wallahu'alam

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F4ns Bett1ng agen jud1 b0la terpercaya di 1ndonesia
    buruan daftar 5ee80afe

    BalasPadam
  2. Terpercaya, Berpengalaman, CS ramah dan online 24 jam.
    Gabung dengan kami (www,updatebetting,co) dan dapatkan cashback 3% setiap minggunya.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "