Makanan menjadi sumber primer dalam penyumbang penyakit. Oleh sebab itu, kerajaan juga ada menyarankan untuk makan makanan seimbang bagi memenuhi keperluan seharian badan dan melakukan aktiviti-aktiviti kecergasan.
Begitu juga bagi pesakit kanser, pemakanan adalah faktor penting dan perlu diambil berat. Ini kerana kanser dan jenis rawatan yang diambil akan meningkatkan keperluan badan dan menyebabkan peningkatan pengambilan makanan. Justeru itu, amalan pemakanan yang baik sebelum, semasa dan selepas rawatan adalah penting untuk lebih sihat dan bertenaga.
Menurut Professor Dr Imelda daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, kematian pesakit kanser survivor adalah terbukti lebih rendah (15% lebih rendah), apabila pesakit kanser makan lebih sayur-sayuran dan ikan. Ini kerana kandungan Omega 3 yang tinggi terkandung dalam ikan itu terbukti mampu mengukuhkan sistem imum, melawan penyakit jantung, mengawal kencing manis, serta dapat membantu fungsi otak, dan boleh menurunkan berat badan.
Ikuti perkongsian lanjut beliau dalam menerangkan tentang pengambilan makanan sihat yang mampu mempengaruhi sistem badan menjadi lebih baik.
Saya suka makan laksa, sebab tinggi dengan kandungan Omega 3 (ikan sardin, lihat gambar 1). Ikan-ikan kecil macam ini terbukti mengurangkan risiko penyakit jantung.
Kajian perubatan melibatkan 200 ribu pesakit kanser juga telah melapurkan selepas pesakit kanser menerima rawatan perubatan moden yang terbukti berkesan, apakah lagi yang boleh mengurangkan kadar kematian akibat kanser?
Jawapannya ialah pemakanan yang sihat (lihat gambar).
Kematian pesakit kanser survivor adalah terbukti lebih rendah (15% lebih rendah), bila pesakit kanser makan lebih sayur-sayuran dan ikan.
Kematian dari kanser bertambah 8% bila pesakit kanser minum arak.
Kematian dari kanser bertambah 46% bila pesakit kanser makan makanan berproses (Western diet) seperti KFC, McD, burger, nugget, air bergula, snack bergula seperti kek, Donut.
Bila doktor seperti saya menggunakan ‘evidence-based medicine’ untuk memberi nasihat nutrisi, saya tidak sekali-kali menasihatkan anda meninggalkan rawatan perubatan moden. Cara hidup sihat ialah sebagai tambahan untuk meningkatkan kesihatan anda melawan sel kanser.
Kalau ditinggalkan rawatan moden, sangat parah akibatnya.
KEMATIAN PENYAKIT BARAH, oleh pesakit barah yang memilih rawatan alternatif sahaja, seperti homeopati atau ubat traditional, ialah DUA KALI GANDA lebih tinggi daripada pesakit barah yang menerima rawatan perubatan moden (lihat gambar). Dua kali ganda tu 200%.
KEMATIAN PENYAKIT BARAH, oleh pesakit barah payudara (breast cancer) ialah LIMA KALI GANDA lebih tinggi apabila pesakit tidak menerima rawatan perubatan moden, bila dibandingkan dengan pesakit yang menerima rawatan yang disarankan oleh pakar barah. Lima kali ganda tu 500%.
'Survival rate' ialah 5 kali ganda lebih baik bila pesakit barah payudara menerima nasihat pakar barah.
Nak tingkatkan lagi kesihatan anda, amalkan pemakanan sihat dan senaman.
Jangan kata pemakanan yang sihat itu lebih mahal daripada membeli supplemen. Ia tidak mahal bagi mereka yang cerdik dan tidak membazirkan duit beli produk overclaim mahal-mahal. Berapa banyak kah harga ikan sardin dan sayur-sayuran bila anda bandingkan dengan ayam goreng KFC atau McD?
Jangan tanya, “kalau saya tak suka sayur dan ikan dan saya tak suka bersenam, bolehkah saya telan supplement saja?” Ini sama lah dengan pemikiran anak-anak kecil yang hanya nak makan gula-gula dan duduk depan TV saja. Kita tidak akan jawab “Boleh sayang, makan lah apa yang sayang suka”. Sebaliknya, kita akan memberikan galakan untuk mendorong anak-anak kita belajar makan apa yang sihat, memberikan pendidikan kesihatan dan mendisiplinkan mereka (buang semua gula-gula tu).
Jangan sangka pakar perubatan seperti saya yang tidak mengiklankan diri saya sebagai “Doktor Holistik” tidak tahu memberikan nasihat yang menyeluruh untuk kebaikan masyarakat.
Page FB saya, penuh dengan nasihat nutrisi, meminum air kosong dengan cukup dan senaman yang kerap untuk mencegah penyakit. Saya tambah lagi yang nasihat saya terbukti berkesan dengan kajian perubatan. Semua kajian-kajian saya tunjukkan membuktikan pemakanan yang sihat dan gaya hidup sihat cergas adalah lebih berkesan daripada pengambilan supplement.
Wanita hamil saja yang perlu tambah supplemen. Banyak nasihat yang saya sudah sampaikan tentang supplement manakah yang penting untuk kesihatan ibu dan anak (tanpa membuat keuntungan menjual supplement, dan saya tak pernah suruh anda membeli supplement mahal-mahal, ambil yang doktor prescribe saja sudah cukup).
Last sekali, saya tambah lagi satu maklumat penting. Minum air alkali tidak pernah terbukti mencegah, merawat atau menyembuhkan kanser. Inilah pembaziran duit nombor satu.
Siakapkeli.my
Page FB saya, penuh dengan nasihat nutrisi, meminum air kosong dengan cukup dan senaman yang kerap untuk mencegah penyakit. Saya tambah lagi yang nasihat saya terbukti berkesan dengan kajian perubatan. Semua kajian-kajian saya tunjukkan membuktikan pemakanan yang sihat dan gaya hidup sihat cergas adalah lebih berkesan daripada pengambilan supplement.
Wanita hamil saja yang perlu tambah supplemen. Banyak nasihat yang saya sudah sampaikan tentang supplement manakah yang penting untuk kesihatan ibu dan anak (tanpa membuat keuntungan menjual supplement, dan saya tak pernah suruh anda membeli supplement mahal-mahal, ambil yang doktor prescribe saja sudah cukup).
Last sekali, saya tambah lagi satu maklumat penting. Minum air alkali tidak pernah terbukti mencegah, merawat atau menyembuhkan kanser. Inilah pembaziran duit nombor satu.
Siakapkeli.my