Memang ada segelintir dalam kalangan masyarakat yang lebih percaya dengan ubat-ubatan berasakan herba. Tongkat ali, kacip fatimah, misai kucing dan pelbagai lagi. Pelbagai dakwaan diberi bagi menguatkan hujah masing-masing. Ada yang kata boleh buat badan jadi kuat, boleh hilangkan penyakit itu dan ini. Memang ada betulnya, tapi yang membezakan sama ada dakwaan itu betul atau tidak terletak jenis herba itu. Herba segar atau herba proses.
Orang dulu-dulu sihat dan hidup lama kerana cari sendiri herba, makan herba pula yang masih segar. Ada yang dijadikan sebagai ulam. Orang sekarang makan herba yang diproses. Dicampur dengan pelbagai bahan untuk jadikannya lebih sedap. Ramai yang tak tahu, bahan yang dicampur itu ada yang bersifat kimia. Diuji di makmal atau tidak pun kita tidak tahu.
Tapi bukan bermakna ubat herba tidak boleh diambil, yang penting anda kena tahu caranya. Jom ikuti perkongsian seorang pensyarah yang dikenali sebagai Che Puteh Osman untuk ketahui caranya di bawah.
Jika herba tidak selamat, mengapakah orang-orang dahulu hidup lama dan sihat?
1. Kita kena bezakan herba yang terproses dan herba segar. Herba segar macam pucuk mengkudu, halia kunyit dan lain-lain yang dimakan sebagai ulam-ulaman. Kandungan sebatian kimia di dalam pokok-pokok ini adalah sangat kecil dan memberi kesan kesihatan secara umum ia cukup zat, serat dan cukup makan.
2. Herba terproses perlu diteliti kandungan sebatian kimia. Ini kerana proses penghasilan herba mungkin melibatkan pemekatan sebatian kimia semulajadi melebihi 10%.
3. Apabila pemekatan berlaku, kita sepatutnya mendapatkan data keberkesanan dan keselamatan. Sebatian kimia utama perlu dikenalpasti untuk memastikan dos berkesan dan dos selamat.
4. Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, jangka hayat rakyat Malaysia pada tahun 2016 adalah 74.7 tahun. Manakala pada tahun 1990-an jangka hayat rakyat Malaysia adalah pada 65 tahun. Manakala pada tahun 1950an jangka hayat rakyat Malaysia adalah 48.5 tahun.
5. Sekiranya hipotesis mengatakan orang dahulu sihat kerana makan herba, atau baik-baik saja walaupun bersalin di rumah, statistik itu sepatutnya menunjukkan trend penurunan kerana masyarakat telah meninggalkan rawatan tradisi sedikit demi sedikit dengan adanya kemudahan perubatan moden.
6. Penggunaan herba yang tiada data kajian lengkap, tidak boleh menggantikan ubat hospital. Petua akan tinggal petua tanpa bukti kajian yang konklusif.
7. Ubatan hospital telah melalui kajian berpuluh tahun, dan telah dibuktikan dengan data klinikal. Inilah yang dinamakan evidence based medicine.
8. Untuk penggunaan produk herba untuk kesihatan umum, ia hendaklah :
a. Lulus ujian toksik kepada hati, buah pinggang, neuron dan tetaragonik.
b. Sebatian kimia di dalam setiap batch produk herba hendaklah distandardkan.
c. Protokol piawai dari penanaman, penuaian, pengeringan dan pemperosesan.
d. Bebas logam berat berbahaya, mikroorganisme, dan campuran ubat berjadual.
e. Maklumat interaksi ubat.
f. Tidak bertentangan dengan nasihat perubatan.
9. Untuk sesuatu pokok herba menjadi ubat, ia mengambil masa yang panjang (20-30 tahun) dan kos yang besar (RM 20-30 billion).
10. Malaysia adalah negara ke 12 paling kaya biodiversiti di dunia. Penggunaan tumbuhan dengan potensi perubatan sudah sebati dalam budaya masyarakat kita. Oleh itu, langkah memastikan keselamatan herba adalah sangat penting.
11. Lebih 55% ubat preskripsi ditemui dari tumbuh-tumbuhan. Kandungan sebatian kimia aktif di dalam tumbuhan sama ada tidak cukup untuk mengubati penyakit sasaran, atau kepekatan rendah yang cukup meracuni manusia
12. Sebatian kimia aktif didalam pokok boleh dimurnikan dan dihasilkan semula secara skala besar untuk kajian lanjutan seperti dos berkesan, dos selamat, metabolisma ubat, mekanisme dan lain-lain.
13. Makanlah secara besederhana, dapatkan nasihat doktor perubatan bertauliah dan beretika ketika sakit.
Sumber : Che Puteh Osman
Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**
hai salam kenal ya,yuuk gabung di poker online kami di www.fanspoker.com || agen poker resmi dan terpercaya hanya di sini tempatnya,
BalasPadam|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||