Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Israel Serang Pengkalan Tentera Syria

10 Jan 2018

10 Jan - Pada awal pagi Selasa, tentera Israel telah melancarkan serangan udara di ibu kota Syria disusuli dengan tembakan terhadap pengkalan tentera yang berdekatan.

Menurut tentera Syria, jet milik Israel telah melancarkan misil ke arah kawasan Qutayfeh berdekatan Damsyik menerusi laluan ruangan udara milik Lubnan pada pukul 2.40 pagi waktu tempatan.

Tentera Syria membalas serangan tersebut dan mengena sebuah jet milik Israel. Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu apabila ditanya mengenai serangan itu beliau tidak menafikannya.

Netanyahu menegaskan tentera Israel sentiasa bersedia untuk memainkan peranannya bagi menghalang sebarang senjata dari sampai ke tangan Hezbollah.


“Kami mempunyai polisi jangka masa panjang untuk menghalang Hezbollah dari menambah bilangan senjata mereka di kawasan Syria,” katanya

Sementara itu, pemerhati asal Britain, Syrian Observatory Human Right mendakwa serangan tersebut menyasarkan ke kawasan penyimpanan senjata tentera Syria dan telah menyebabkan kebakaran serta letupan bertubi-tubi.


Menurut kenyataan tentera Syria, rejim Israel dilaporkan turut melancarkan beberapa roket dari Golen Height yang sempat dipintas tentera Syria.

Kerajaan Syria telah menulis surat kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) supaya badan berkuasa dunia itu mengecam serangan Israel.

Kementerian Luar Syria turut menuduh Israel bertindak melancarkan serangan kerana mahu membantu tentera pembangkang. - Siakapkeli.my





Sumber: Al Jazeera
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Daftar sekarang dan pasang jagoammu (Upd4te Bett1ng)
    minimal depo/wd hanya 50rb

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng Aman dan terpercay4
    Info lebih lanjut : 5ee80afe :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "