Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Elak Jadi Punca Pembiakan Kuman, Wanita Kongsi Tips Dan Kaedah Bersihkan Berus Botol Susu Anak

9 Jan 2018
4 ulasan

Setiap ibu bapa yang mempunyai anak kecil yang menggunakan botol susu perlu mementingkan isu tersebut kebersihan botol tersebut untuk mengelakkan jangkitan kuman dan sebagainya.

Kebersihan botol susu perlu dijaga dan dititik beratkan sebaik mungkin bagi mengelakkan penyakit yang tak diingini, lebih -lebih lagi golongan anak kecil lebih mudah terdedah dengan kuman berbanding golongan dewasa.

Pelbagai alternatif dan petua mengenai cara membersihkan botol susu yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa masa kini. Lazimnya, penggunaan berus botol susu yang mudah didapati di pasaraya menjadi langkah utama yang dipilih oleh ibu bapa.

Namun, tidak ramai dari kita yang tahu bahawa berus pencuci botol susu juga perlu dibersihkan kerana meskipun botol susu yang dicuci menjadi bersih tetapi kekotoranpada berus akan menjadi punca pembiakan bakteria.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Yatie Eimra berkongsi tips dan kaedah untuk membersihkan berus boto susu yang jarang-jarang orang tahu.

Mari kita baca perkongsian bermanfaat ini.


Baru-baru ni saya berkesempatan join forum geng mak-mak. Dah name pun mak-mak, macam-macam petua & tip untuk anak keluar. Salah seorang ahli timbulkan isu berus botol susu.

Sebenarnya saya agak terkejut juga dalam ramai-ramai ahli tu, lebih dari separuh tak pernah & tak tahu pun perlu bersihkan berus botol susu anak. Ada yang anak dah 2-3 pun tak pernah basuh berus botol & boleh sambung je guna berus untuk anak seterusnya sebab beli berus botol jenama mahal & masih elok lagi.

Selain botol susu & komponennya (puting, ring, dll), berus botol gak perlu dijaga kebersihannya terutama berus botol jenis berspan. Segala saki baki & kerak susu akan melekat/termendap pada pangkal berus & span kalau tak dicuci dengan bersih. Kekotoran tu lama-lama akan jadi punca pembiakan bakteria pulak. Berus botol tu dah la digunakan hari² untuk cuci botol susu anak.. Macam mana nak basuh botol anak dengan bersih kalau berus yang digunakan pun tak bersih.

Selalunya, mak-mak tukar berus botol bila dah rosak aje kan? Jenis berspan, biasanya mak-mak akan tukar bila span dah mula rosak/tercabut. Bagi berus yang berjenama & berkualiti, dah tentulah boleh bertahan/diguna lebih lama. Bukan isu harga, tapi ini tentang kebersihan.. Berus botol mahal atau murah, kedua²nya perlu dibersihkan supaya ianya selamat digunakan untuk mencuci botol susu anak..

Bukan setakat berus berus botol sahaja, berus kecil untuk puting, berus untuk straw, berus khas (untuk valve pada puting, dsbnya) & berus gigi anak juga perlu dibersihkan sekurang²nya seminggu sekali.

Saya gunakan 2 berus botol, satu untuk kegunaan harian di rumah & 1 lagi khas untuk travel sahaja. Berus botol untuk dibawa travel & berus untuk straw (jarang guna) saya bersihkan bila perlu sahaja (lepas selesai guna & sebelum simpan). Walaupun dibersihkan, berus botol tetap kena tukar bila sampai masanya. Saya gunakan berus botol jenis tak berspan & tukar berus baru bila berus semakin mengembang.


Bahan-bahan yang diperlukan:


  • Air panas menggelegak
  • Sedikit sabun pencuci botol
  • Cuka* (optional)
  • Bekas untuk merendam berus
  • Berus gigi baru (saya gunakan berus gigi murah² yang dibeli khas untuk bersihkan berus botol sahaja)



Cara membersihkan berus botol (termasuk juga berus gigi)

1. Masukkan air panas menggelegak ke dalam bekas yang bersesuaian. (pastikan berus terendam sepenuhnya)


2. Tambahkan sedikit cuka. (saya gunakan 1 bahagian cuka & 5 bahagian air)

3. Masukkan sedikit sabun pencuci botol.


4. Gunakan berus botol untuk kacau larutan tadi. Biarkan berus terendam sepenuhnya 5-10 minit.

5. Gunakan berus gigi yang baru, gosok dibahagian pangkal & dicelah² berus untuk tanggalkan kekotoran & segala mendapan.


6. Basuh bersih & keringkan.

Nota penting**

*Cuka bukan sahaja bertindak memudahkan kotoran tertanggal tapi juga boleh membasmi kuman

*Jika tiada cuka, boleh juga bersihkan berus botol gunakan air panas & pencuci botol sahaja

*Disarankan guna larutan cuka ni sekurang²nya sebulan sekali atau bagi mak² yang pertama kali bersihkan berus.

*Untuk berus gigi anak saya rendam berasingan. Bukan setakat berus gigi anak kecil, tapi berus gigi orang dewasa pun boleh guna cara ni (berus gigi perlu ditukar 3 bulan sekali)

Sumber- Yatie Eimra
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 4 ulasan )
  1. Upd4te Bett1ng, sbo, maxbet, s4bung 4yam, t4ngk4s dp50 wd50

    BalasPadam
  2. F4ns Bett1ng
    B0l4, C4sin0, T4ngkaS, s4bun9 4yam dll.. dp50 wd50

    BalasPadam
  3. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam
  4. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! |
    Kesempatan Menang Lebih Besar,
    || bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "