Minggu pertama persekolahan sudah pasti ramai ibu bapa yang akan menghantar anak mereka hingga ke pintu kelas anak mereka. Terutama jika anak mereka baru menjejakkan kaki ke darjah satu. Kerisauan jika anak mereka ini menangis mencari mereka apabila mereka pergi.
Menangis mencari ibu bapa dan mahu pulang ke rumah, itu sudah menjadi kebiasaan ragam anak-anak yang baru mula persekolahan. Namun, bagaimana pula ragam ibu bapa yang melebih-lebih dari anak-anak yang pertama kali masuk ke alam persekolahan.
Menerusi perkongsian Siti Saleha Jaffar, memantau dan mengajar anaknya selama beberapa hari di sekolah telah membuka matanya realiti tingkah laku ibu bapa yang bakal menjadi ikutan anak-anak mereka.
Selama 4 hari follow rayqal, mengajar dan memantau cara membeli, mengajar menunggu mamy/abah ambil, mengajar naik turun van, inilah realiti yang terjadi di depan mata
1. Cikgu mengarahkan supaya ibubapa beredar dari tapak perhimpunan untuk meneruskan kelancaran aktiviti. Tindakan sesetengah ibu bapa mengabaikan arahan itu malah berwefie dan memaksa anak-anak pose.
Hakikat : Ibubapa sendiri mengajar anak degil dan mengingkari arahan. Jadi anda mengharapkan cikgu untuk didik anak anda tidak degil dan mengikut arahan?
2. Waktu anak rehat, ibubapa mengambil tempat duduk murid lain untuk temankan anaknya sahaja makan..maka murid tersebut terpinga-pinga sambil memegang pinggan dan air sambil mata meliar mencari tempat duduk. Kawan terlanggar habis mee dan air tumpah. Bayangkan itu yang terjadi pada anak kita sendiri.
Hakikat : Ibubapa sendiri mengajar anak menjadi seorang yang mementingkan diri dan mengambil hak orang lain.
3. Cikgu mengarahkan supaya ibubapa beredar di hadapan kelas untuk memulakan sesi pembelajaran tapi arahan diingkari malah keluarkan smartphone sambil snap gambar.
Hakikat : Ibubapa mengajar anak untuk tidak yakin dan tidak mempercayai seseorang yang menjalankan amanah. Mengajar anak tidak menghormati hak orang lain.
4. Sambil beratur membeli buku dan bayar yuran, seorang bapa sambil memimpin anak berusia 4-5 tahun memotong barisan. "cikgu, berapa lama nak beratur nie, saya kejap lagi nak masuk kerja.” Maka si anak kecil petah berkata-kata. "papa kata cuti hari nie nak bawak adik pergi tengok cerita jumanji” dan si kecil itu dijerkah bapanya di khalayak ramai.
Hakikat : Ibubapa sendiri mengajar anak bercakap bohong, menipu, tidak sabar dan menjatuhkan maruah orang di hadapan orang adalah tidak salah.
5. Ibubapa beratur bersesak-sesak dengan murid lain membeli makanan untuk anaknya seorang dengan tujuan mengajar cara membeli di kantin..maka drama berlangsung lebih kurang 5-7 minit disitu. Murid-murid lain dibelakang masih ramai lagi. Apabila masing-masing dapat makanan, baru menyuapkan makanan sesuap dua, loceng berbunyi tanda waktu rehat berakhir. Maka si polos, bangun sambil menoleh makanan yang tak sempat dihabiskan dan berlalu mencuci tangan.
Hakikat : Ibubapa mengajar anaknya cara mementingkan diri sendiri, mengambil hak orang lain dan tiada rasa belas pada orang lain..apa salahnya buat role play jual beli di rumah?
6. Parking kenderaan dan van sekolah dipenuhi oleh kereta-kereta ibubapa yang mahu mengambil anaknya. Dikejauhan terlihat murid yang masih belum biasa menangis keseorangan mencari van yang terselindung disebalik kenderaan ibubapa lain.
Hakikat : Ibubapa mengajar anaknya mementingkan diri, tidak peduli orang lain dan mengambil hak orang lain itu tidak menjadi satu kesalahan.
Begitulah drama realiti serba sedikit yang terjadi di hadapan mata. Sedih memang cukup sedih melihat betapa masyarakat sekarang semakin tenat adab, akhlak dan tingkah laku. Lagi sedih, bila memikirkan sikap generasi akan datang 10-20 tahun lagi bagaimana hasil corakannya.
Sedarlah wahai ibubapa, dikala kita galak menyalahkan guru-guru atas tingkah laku anak kita yang tidak seperti diharapkan, sebenarnya anak itu sendiri belajar dari ibubapanya. Dikala kita galak memarahi guru-guru yang menghukum anak-anak kita atas kesalahannya, sebenarnya kita sendiri mencorakkan corakan hitam pada sisi hidup anak kita sendiri.
Sebelum kita meletakkan sesuatu kesalahan anak kita pada orang lain, refleks diri dulu, tanya pada diri sendiri sudah cukup sempurnakah didikan kita pada anak kita. Guru yang sebenar-benar guru adalah ibubapanya sendiri dan guru disekolah bertanggungjawab menggilap lagi potensi anak yang kadangkala ibubapa terlepas pandang.
Ingat hakikat ini walau pahit untuk diterima, ibubapa adalah cerminan anak-anak, ibubapa lah sebenar-benar guru pada anaknya.
Jadi bertanggungjawablah usah dilepaskan amanah itu di bahu orang lain. Kelak disana terkaku kelu lidah untuk menjawap dihadapan pencipta..
#nukilanhatiibu
*gambar rayqal yang tak perasan mamy mengintip dia semalam.
Sumber - Siti Saleha Jaffar
Mari gabung bersama agen terpercaya di Indonesia (Upd4te Bett1ng)
BalasPadamF4ns Bett1ng, 4man dan terpercay4
BalasPadamDengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
BalasPadamsegera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**
Anda inGin puNya kesempatan besar uNtuK menanG hingGa Ratusan juta Rupiah|Ay0 seger4 d4ftar kan diri and4 di WWW.FANSPOKER.COM invite
BalasPadam|| bbm : 55F97BD0 || WA : +855964283802 || LINE : +855964283802 ||
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877
Alamak,
BalasPadamsi Indon pasarkan judi