Apabila kita hendak berpindah dari satu tempat ke tempat yang baru, sudah pasti banyak perkara yang dilakukan dan difikirkan. Terutama jika anda pelihara kucing. Sudah pasti berat hati nak tinggalkan kucing tersebut.
Bagaimana keadaan mereka apabila sudah ditinggalkan nanti? Macam mana mereka hendak mencari makan? Itu belum lagi mereka kena aniaya dengan manusia-manusia lain. Perkara tersebut sudah pasti membimbangkan. Namun kita tidak tahu cara nak bawa kucing kita pindah sekali. Terutama jika menggunakan kapal terbang.
Menerusi perkongsian Seri Pagi di laman Facebook Borneo Catlover Community, beliau telah berkongsi cara membawa kucing-kucing peliharaannya dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur dengan menggunakan kapal terbang. Caranya mudah dan ringkas.
Hai. Alhamdulillah kami semua selamat sampai ke kampung. So saya nak share sikit macam mana saya bawa kucing saya fly dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur bersama-sama. Kalau sebaliknya atau tempat lain mcm Sarawak atau Tawau ka Sandakan saya sendiri pun tak tau sangat. Kena tanya yang lebih pakar.
1. Pastikan kucing sihat walafiat.
2. Pastikan vaksin lengkap (mengikut umur kucing-kena tanya vet kalau nak info lanjut). Private atau govement ke dua-dua pun boleh.
3. Beli tiket flight (untuk diri sendiri bukan untuk kucing ya. Hahaha. Setakat ini hanya MAS saja yang ada servis untuk bawa pet sekali dalam flight). Saya beli tiket fly dalam hari bekerja. Kalau hujung minggu takut nanti dia orang bagi alasan itu ini cuti segala kasi kita susah saja.
4. Sebelum book tiket tu pandai-pandailah bajet timing untuk uruskan kucing. Sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu sebelum fly. Kalau buat last minute memang boleh buat tapi macam kita juga lah kalau orang bagi kerja last minute rushing-rushing memang kita sendiri pun pandai jadi pemarah kan. Hehehe.
5. Bawa pergi klinik untuk masukkan microchip untuk semua kucing. Saya buat di SAMC Kolombong = RM60 seekor x 2 = RM120
6. Lepas tu buka website PORTAL DAVETSA
Klik pada Public Registration (new user)
Isi pada tempat kosong dan klik Register.
Proses ini untuk daftar bagi membuat eksport permit. Eksport permit ini diperlukan untuk tunjuk kat doktor vet nanti sebelum dia orang buat pemeriksaan kesihatan untuk kucing-kucing kita nanti.
Sekurang-kurangnya kena tunggu satu ke dua hari untuk diluluskan. Kalau sudah lulus nanti dia orang akan email kepada kita password page tersebut.
Boleh sudah guna password tu untuk login page tersebut kemudian sila update profile information. Kemudian tunggu lagi dua ke tiga hari untuk approval.
Kalau selepas satu hari masih tak keluar page penuh lagi (bila sudah approve itu profile update, barulah page akan keluar dengan menu penuh termasuklah menu untuk permohonan export permit, kalau tidak approve page itu hanya kosong saja walaupun kita dh sign in dengan password yang diberi) boleh call jabatan haiwan Kota Kinabalu : 088-287400 then minta sambungkan ke bahagian eksport permit kucing. Boleh tanya situ status permohonan kita.
Selepas sudah approved profile kita, boleh lah klik pada bahagian permohonan permit eksport. Ini pun kalau tak tahu cara mau isi bole saja call terus ke jabatan haiwan Kota Kinabalu tu. Staff sana very helpful (thats why I like staying in Kota Kinablu)
Bila sudah isi data kucing, kena tunggu lagi dua/tiga hari untuk siap proses. Kalau rasa lambt boleh saja call dia orang lagi untuk tanya status permohonan kita tu. Bila sudah siap, pergi lah ke jabatan haiwan di Kota Kinabalu.
Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Aras 3, Blok B, Wisma Pertanian Sabah, Jalan Tasik, Luyang (Off Jln Maktab Gaya), Beg Berkunci 2051, 88999 Kota Kinabalu. Tel: 6-088-287400, 287422, 287428 Faks: 6-088-238418
Kalau kamu duduk jauh dari Kota Kinabalu bole juga bincang sama itu staff di sana.
Pergi pejabat di sana, saya kena bayar RM11 untuk permit eksport dua ekor kucing saya. Untuk satu ekor tak tahu harga dia berapa. Lupa pula mau tanya hari itu.
7. Selepas dpt sudah permit eksport itu, bolehlah call klinik haiwan Kepayan untuk buat temujanji untuk pemeriksaan kesihatan kucing-kucing kita. Inform dia orang untuk sijil kesihatan kucing untuk bawa fly ke KL. Klinik lain saya tak pasti boleh buat atau tidak. Kena tanya staff di jabatan haiwan tu. Bawa sekali eksport permit dengan rekod vaksin dia orang ya.
Untuk ini saya bayar RM30 untuk sijil kesihatan kedua-dua kucing. Terlupa pula untuk harga seekor kucing (macam RM10 seekor, not sure). Health certificate ini siap dalam 2/3 hari gitu. Selepas tiga hari bole sudah pergi sana ambil itu sijil kesihatan kucing kita.
8. Okey, siap sudah bahagian dokumen-dokumen yang diperlukan. Sijil pemeriksaan kesihatan + eksport permit.
9. Dua hari sebelum fly saya call MAS call centre di KL inform dia orang pasal kita bawa kucing untuk check in sekali sebagai excess baggage. Nanti itu staff akan minta semua details contohnya:
- Booking number
- Flight details
- Berapa ekor kucing
- Jenis kucing
- Warna kucing
- Berat kucing
- Saiz dan berat carrier kucing
Etc.
(Yang ini saya call MAS call centre di KL sebab saya first time mau bawa kucing dalam flight, takut timbul apa-apa masalah semasa tiba di KLIA nanti saya susah pula. Jadi untuk saya rasa selamat jadi saya call saja lah dia orang. Tiba-tiba dia orang kata satu org penumpang limited untuk bawa satu ekor kucing saja. Tapi orang itu pun tak pasti. Hanya masukkan data untuk satu ekor kucing saja dan selepas itu dia suruh saya call centre MAS di KKIA pula untuk konfirm kan bilangan kucing yang bole bawa. Jadi saya call MAS di KKIA dia orang kata boleh saja bawa lebih kucing. Hanya perlu pergi di kaunter check in dan inform dia orang di sana saja bawa berapa ekor pada hari mau fly tu. (Simple jak rupanya.)
10. Tiba hari fly, di KKIA: kena bawa semua dokumen itu + rekod vaksin semua kucing. Kucing satu ekor satu carrier ya. Bawa semua kucing sekali dengan beg luggage kita ke kaunter check in/drop baggage. Mula-mual timbang beg luggage check in. Kemudian timbang semua kucing sekali gus. Total berat untuk kedua-dua kucing saya ialah 11kg termasuk carrier. (1kg = RM15). Jadi total harga kena bayar ialah RM165 + RM9.90 (tax) = RM174 .90. Nanti staff di kaunter akan letak tag sticker ke carrier kucing-kucing kemudian suruh kita bawa kucing-kucing dan boarding pass kita ke kaunter 16 untuk buat pembayaran.
11. Selepas sudah bayar, bolelah bawa kucing-kucing ke bahagian excess baggage. Di KKIA bahagian ni terletak di hujung sana kejadian. Hehehe. Inform kepada staff yang jaga situ kita ada bawa kucing nanti dia akan suruh tinggal kan saja di tepi meja sana. Nanti kemudian akan ada staf lain ambil itu kucing bawa dia orang ke dalam flight. Di sini dia orang tak ada minta tengok apa-apa dokumen pun. Jadi selesai sudah di KKIA.
12. Selepas sampai KLIA:
Kita pergi collect beg luggage dulu. Kemudian terus pergi ke bahagian Kuarantin haiwan (jangan tersilap pergi ke bahagian kuarantin tumbuhan pulak ehh hahaha). Tempat ni dekat dengan tempat kita collect beg luggage, boleh saja nampak terang-terang signboard office dia. Tanya staff situ kucing kita sudah sampai atau belum. Tunggu saja situ sampai dia orang bawakan kucing-kucing kepada kita. Selepas sampai sudah kucing itu nanti staff situ akan isi borang dan minta semua dokumen: eksport permit + sijil kesihatan + rekod vaksin + passport kita + boarding pass kita.
Selepas itu dia akan suruh kita tandatangan borang itu kemudian saya kena bayar service charge RM25 seekor x2 = RM50. Dia orang akan ambil original copy eksport permit + sijil kesihatan semua kucing kita. Dia orang fotostat then bagi yang copy untuk kita simpan.
13. Yeyy.. Selesai sudah urusan. Boleh bawa kucing-kucing kesayangan keluar lapangan terbang dengan gembira. Tidak perlu declare items ataupun kuarantin (tak perlu kuarantin untuk setakat ini sebab so far Sabah tidak ada kes rabies ya).
14. Total kos hangus: RM530.90
Microchip = RM120
Davetsa export permit = RM11 (both cats)
Health certificate = RM30 (both cats)
Charge excess luggage = RM174.90 (11kg x RM15 + tax) RM15per kg
KLIA airport service charge for live animal = RM25/ekor = RM50
Pet carrier x 2 = RM80 + RM65 = RM145
*Sorry. Lupa satu lagi. Kalau dari Sabah ke semenanjung tidak perlu import permit pun.
Okey. Settle semuanya. Satu lagi. Malam sebelum fly itu saya kasi puasa kucing-kucing ini jangan kasi makan minum pada hari mau fly (pesan amoi di JJ petshop dekat UA1). Takut berak-berak dalam carriage dia. Hahaha.
Harap-harap ayat saya tidak mengelirukan. Harap-harap dapat membantu dan bagi idea serba sedikit untuk mereka yang ingin bawa kucing fly ke Kuala Lumpur.
Memang ayat karangan saya panjang. Tapi proses bila kita buat sendiri itu baru rasa simple sebenarnya.
Sekian, terima kasih.
Sumber - Seri Pagi
ayo ditunggu apa lagi segera bergabung dengan kami di D/E/W/A/P/K
BalasPadammenangkan uang jutaan rupiah, dengan minimal deposit 10.000 saja looo.
ayo segera bergabung ya ditunggu lo ^_^
Mahal juga
BalasPadamKalau 8 ekr kucing boleh kaa bawak skli gus.
BalasPadam