Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Anak Saya Sakit Perut Sampai Muntah-Muntah," Kurang Masa Untuk Rehat, Anak-Anak Berpotensi Mengalami Tekanan Hidup

5 Jan 2018

5 Jan - Mungkin sesuatu perkara yang normal bagi kita apabila mendengar orang dewasa menghadapi tekanan. Tekanan di tempat kerja, tekanan dengan rakan-rakan dan banyak lagi.

Tapi pernahkah kita dengar sebelum ini bahawa kanak-kanak juga akan mengalami tekanan jika dia terpaksa buat perkara yang dia tidak suka?

Kemungkinan besar kita langsung tidak pernah dengar sebelum ini kanak-kanak juga menghadapi tekanan. Kita menganggap kanak-kanak tidak akan pernah hadapi masalah bukan.


Sebenarnya itu salah, kanak-kanak juga boleh mengalami tekanan. tekanan yang dialami oleh knak-kanak adalah disebabkan melalui fasa dan pengalaman baru dalam proses pembesaran mereka.

Antara punca yang menyebabkan kanak-kanak mengalami tekanan adalah pertambahan ahli baru dalam keluarga, isu rumahtangga dan tekanan di sekolah.

Seorang pengguna Facebook yang juga ibu kepada seorang anak yang pernah mengalami tekanan, menceritakan pengalamannya ketika anaknya itu diserang tekanan yang berlebihan.

Menurut wanita yang dikenali sebagai Ida Chang itu, ketika anaknya stress ditahap kritikal anaknya mengalami sakit perut, cirit-birit, muntah-muntah dan mukanya bertukar menjadi pucat.


Apabila sudah menerima rawatan doktor, Ida bertanya kepada anaknya apa yang menyebabkan dia boleh menjadi tertekan sampai ke tahap itu.

Kemudian anaknya menjawab, dia tidak suka pergi ke kelas tuisyen hari-hari sehingga tiada masa untuk berehat, dia juka tidak suka menaikki bas ke sekolah kerana keadaan yang panas dan sering diejek oleh rakan-rakan kerana saiznya yang besar dan dia tidak suka memegang apa-apa jawatan di sekolah kerana tidak sanggup untuk melakukan tugas tambahan.

Berikut adalah kisah penuh yang diceritakan oleh Ida Chang untuk dikongsi kepada semua ibu bapa agar dapat memberi lebih perhatian terhadap aktiviti anak-anak seharian. Semoga bermanfaat.

Anda percaya ke kanak-kanak juga ada stress? Ini saya mahu cerita, 2 tahun lalu Aaron dimasukkan ke wad selama 5 hari sebab selalu sakit perut sampai muntah-muntah.


Ada satu pagi tu, dia tiba-tiba muntah sampai pucat mukanya. Saya tidak jadi hantarnya ke sekolah dan terus hantarnya ke bahagian kecemasan Hospital Likas.

Selepas pemeriksaan dibuat, anak saya yang berusia 9 tahun dikatakan mengalami tekanan darah tinggi, gula tinggi, kolestrol tinggi dan hati yang sudah bengkak.

Selepas keluar dari wad, tidak cukup pemeriksaan di Hospital Likas, saya bawa pula anak saya berjumpa dengan Doktor Kissey. Apabila scan di klinik Doktor Kissey semuanya sihat, tiada sakit apa-apa pun.

Dr Kissey mengatakan, "mama anak ini tidak sakit apa pun, dia cuma stress. Apa yang mama perlu buat cumakurangkan atau hentikan semua aktiviti yang menyebabkan dia stress."

Selepas pulang ke rumah, saya meneliti semula semua aktiviti yang Aaron lalui sepanjnag minggu dan bertanyakan kepadanya apa yang dia tidk suka buat tetapi terpaksa buat atas arahan saya.

Dia menjawab, dia tidak suka pulang dari sekolah terus pergi kelas tuisyen. Dia juga tidak sukanaik bas pergi ke sekolah sebab panas dan sempit, dia juga sering diejek oleh kawan-kawan sebab ambil ruang yang besar waktu duduk.


Selain itu, dia tidak suka memegang jawatan di sekolah kerana tidak sanggup melakukan tugas tersebut. Akhir sekali dia tiada masa rehat untuk diri sendiri, hanya belajar sahaja sepanjang minggu.

Mendengar luahannya, saya terus ambil keputusan untuk tidak lagi menghantar dia ke kelas tuisyen dan tidak lagi biarkan dia naik bas untuk ke sekolah amalh saya menghantar dan menjemputnya setiap hari.


Syukur pada Tuhan, dia sudah tidak muntah lagi dan semua ujian darah dia pun kembali normal serta ruam kulitnya sudah sembuh.

Jadi, kepada ibu-ibu anak juga ada tekanannya ya. Bila stress banyak penyakit yang susah untuk sembuh berulang-ulang dan kadang-kadang kita ingat anak membohong kita hanya kerana tidak mahu ke sekolah. Tetapi bukan sebab itu, cuma dia stress dengan aktiviti sehariannya. - siakapkeli.my



Sumber: Ida Chang
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Mari gabung bersama agen terpercaya di Indonesia (Upd4te Bett1ng)

    BalasPadam
  2. Dengan minimal deposit 10.000, kalian bisa mencoba keberuntungannya bersama dengan kami
    segera add pin bb kami D87604A1, ditunggu ya di D3W4PK**

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "