Seorang professor yang merupakan pakar bedah payudara (kehormat) dari Hospital Princess Grace di London mendedahkan bahawa wanita yang mewarnakan rambut mereka berdepan 14 peratus lebih risiko untuk diserang kanser payudara.
Profesor Kefah Mokbel yang juga perunding dalam pembedahan payudara itu menyatakan wanita tidak sepatutnya mewarnakan rambut lebih dari enam kali setahun bagi mengelakkan kanser.
Selain itu, beliau menasihatkan wanita yang gemar mewarnakan rambut supaya mengelakkan daripada menggunakan pewarna sintetik, sebaliknya memilih bahan-bahan semulajadi seperti inai atau buah bunga mawar.
Berdasarkan kajian Profesor Mokbel menyimpulkan: "Walaupun tugas lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan hasil kami, penemuan kami menunjukkan bahawa pendedahan kepada pewarna rambut dapat menyumbang kepada risiko kanser payudara."
Beliau turut menulis di Twitternya: "Wanita dinasihatkan untuk mengurangkan pendedahan kepada pewarna sintetik rambut dua hingga enam kali setahun dan menjalani pemeriksaan payudara secara tetap dari usia 40 tahun.
"Memilih pewarna rambut yang mengandungi kepekatan minimum amina aromatik seperti PPD (kurang dari 2 peratus) adalah lebih baik.
"Penyelidikan lanjut diperlukan untuk menjelaskan hubungan antara pewarna rambut dan risiko kanser payudara dalam usaha memberikan maklumat yang lebih baik kepada wanita.
"Adalah wajar untuk menganggap pewarna rambut yang terdiri daripada ramuan herba semulajadi adalah selamat," katanya. - Siakapkeli.my
Sumber : New York PostIn a recent metanalysis we have observed a positive association between the use of hair dyes and breast cancer risk— Kefah mokbel (@breastguide) October 15, 2017
Ayo daftar dan main disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g ( 7acd8560 )
BalasPadamJangan ragu menang berapa pun pasti akan di proses :)
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877