Wanita warga Russia maut apabila kepalanya melanggar papan tanda jalan selepas dia menjulurkan kepala keluar tingkap kereta, di Republik Dominica.
Hanya memakai seluar dalam, Natalia Borodina, 35, menjulurkan badannya ke luar tingkap kereta yang dipandu rakannya ketika bercuti di Punta Cana dekat sini.
Menurut rakannya, Ivanna Boirachuk, 32, memandu kereta jenis Kia Picanto sambil merakamkan aksi Natalia menggunakan telefon bimbit.
Berdasarkan sumber, kejadian berlaku pada 10 Oktober lalu tetapi video yang memaparkan kejadian ngeri itu tular di Internet sejak kelmarin.
Ibu kepada seorang anak lelaki berusia 11 tahun itu dipercayai bercuti di Republik Dominica bersama rakannya ketika kemalangan itu berlaku.
Dalam masa itu, Ivanna segera memandu ke hospital tetapi Natalia disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Sementara itu, pihak berkuasa Republik Dominica dilaporkan menahan rakan mangsa selepas video kemalangan berkenaan tular di Internet.
Sumber - Daily Mail UK
Ayo daftar dan main disini u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g ( 7acd8560 )
BalasPadamJangan ragu menang berapa pun pasti akan di proses :)
agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
BalasPadamayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
pin bbm :2B389877