Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan kematian dua anggota di Bilik Tahanan Unit Sungai Wangi, Sitiawan pada jam 3.15 petang, semalam.
Dalam kenyataan media TLDM, hari ini, dua anggota yang meninggal dunia adalah Mohd Baihaqy Nik Mat, 28, dan Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26.
Berdasarkan kenyaatan yang dibuat, kedua-dua mangsa terbabit menjalani latihan fizikal mengikut prosedur.
Jurucakap TLDM berkata, semasa latihan, mereka mengadu kepenatan sebelum direhatkan dan seterusnya dipindahkan semula ke dalam bilik tahanan.
"Kedua-dua anggota itu kemudiannya muntah dan sesak nafas. Mereka kemudian diberikan rawatan awal oleh petugas pusat tahanan.
“Bagaimanapun, disahkan meninggal dunia oleh petugas paramedik pada 3. 15 petang, " kata kenyataan itu
Hasil pemeriksaan awal doktor ke atas kedua-dua anggota itu tidak menemui sebarang tanda penderaan fizikal.
"Bagaimanapun, kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan sebab sebenar kematian itu.
"Punca sebenar kematian masih dalam siasatan polis. TLDM akan memberi kerjasama penuh dalam siasatan.
“Selain itu, TLDM juga menubuhkan Lembaga Siasatan untuk meneliti prosedur kerja yang sedia ada, " jelasnya.
Sumber- Harian MetroTLDM Sahkn Kematian 2 Anggota; tidak akan berkompromi atau melindungi mereka yg langgar prosedur semasa bertugas @MINDEFMalaysia @MarkasATM pic.twitter.com/oTassDriN8— Royal Malaysian Navy (@tldm_rasmi) September 30, 2017
proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0
BalasPadam