Ianya turut terkenal dengan kangaroo yang turut terlihat pada jata negara Australia. Serta kawasan-kawasan yang menarik, dengan pemandangan indah yang menjadi sebab pelancong pergi ke Australia.
Bagi bandar yang terbesar di Australia, Sydney menjadi antara pusat pelancongan yang popular di Australia, ramai pelancong tidak akan lepaskan peluang untuk menjejakkan kaki ke Sydney yang dikenali dengan Harbour Bridge, juga Opera House. Tapi, jika anda merancang untuk ke Sydney, terdapat beberapa perkara yang anda harus tahu, menurut saudara Mohamad Hafizuddin Sailani. Jom kita tengok apa yang kita perlu buat.
1) Mesti beli opal card untuk menaiki public transport di mana-mana kedai runcit termasuk 7e
2) Hari Ahad hanya $2.50 sahaja di cas kepada pelanggan yang ingin mengelilingi Sydney
3) Ayam mentah halal jenama LILYDALE ada jual di supermarket.
4) Jangan langgar lampu isyarat perjalanan kaki anda boleh di kenakan saman.
5) 6 jam dari bandar ke tempat salji nsw (Perisher mountain) musim sejuk bulan 5,6,7
6) 3 jam dari bandar untuk melihat bukit-bukit yang cantik (Blue mountain)
7) Boleh sewa kereta bagi yang mampu. ( Hertz , rentalcar , carnextdoor , etc)
8) Download app penting untuk lihat jadual perjalanan transport (Opal travel , TripViewLite)
9) Terdapat 4 pengangkutan awam di Sydney (Feri , kereta api , light train dan bas)
10) "Boxing day" iaitu hari semua kedai membuat sale 30%-70% pada bulan krismas pada tarikh 26-27 disember.
Bagi anda yang mempunyai kesempatan untuk pergi ke Australia, dan tiba ke Sydney, bolehlah gunakan tip dari perkongsian ini, untuk memudahkan pergerakan di sana kelak. Jom jalan-jalan. – Siakap Keli
BACA: Gadis Ini Kongsikan Pengalaman Backpack Caravan Ke Melbourne Dan Sydney Selama 7 Hari 6 Malam Bersama Rakan-Rakan