Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Muslim Yang Tidak Tunai Solat Jumaat di Terengganu Boleh Didenda, Dipenjara 2 Tahun

24 Nov 2016

KUALA TERENGGANU, 24 Nov: Lelaki muslim yang berkemampuan tetapi tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan dengan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun tidak lama lagi.

Ini susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara oleh para Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menghadiri persidangan dewan hari ini.

Selain itu, beberapa pindaan lain turut dibuat iaitu Seksyen 19 (tidak menghormati Ramadan) dan Seksyen 53 (mengganggu perempuan di tempat awam).

Sebelum ini, enakmen itu menetapkan mana-mana lelaki yang mukallaf yang tidak menunaikan solat Jumaat di masjid tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atas sebab yang menasabah boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan tidak menghormati Ramadan termasuk menjual makanan dan minuman kepada orang Islam serta makan secara terbuka, hukuman pindaan itu membabitkan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya.

Sumber: Bernama
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "