Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Kalau Esok Aku Mati, di Bawah Rumah Kau ni lah'

24 Nov 2016


SABAK BERNAM - "Kak, kalau esok aku mati, di bawah rumah kau nilah... aku tenang di sini kak".

Itu adalah kata-kata yang dilafaz Rosli Kadol, 48, kepada kakaknya, Misah Kadon pada minggu lalu. Namun kakaknya tidak menyangka kata-kata itu menjadi kenyataan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang semalam itu, Rosli yang ditemani anak, Mohd Adam, 8, sedang memberi makan kepada ayam sebelum anak sulungnya menyedari bapanya itu sudah tiada ketika diatas kerusi di bawah rumah Misah.

Misah, yang menetap sementara di rumah anaknya di Sungai Buloh berkata kali terakhir dia bertemu dengan Rosli adalah pada minggu lalu dan mereka sempat berbual di bawah rumah terbabit.

Tak sangka apa yang arwah (Rosli) cakap minggu lepas, rupa-rupanya jadi kenyataan.

Apa yang dia sembang hari itu masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai hari ini…seakan-akan arwah (Rosli) tahu dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” kata Misah sebagaimana lapor Sinar Online.

Isteri Rosli, Purwati Daryat, 28, berkata dia hanya mengetahui tentang kematian suaminya itu selepas dihubungi Mohd Adam.

Anak saya telefon beritahu ayah dah meninggal. Mulanya saya ingatkan dia main-main, tapi dia bersungguh-sungguh cakap ayah dah meninggal atas kerusi bawah rumah makcik.", katanya.
Sumber: Sinar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "