Dalam pada itu juga, kita seharusnya mempunyai usaha, mahu pun persediaan bagi mengelakkan diri terus terbeban, tidak seharusnya hanya perlu menyalahkan mana-mana pihak, tetapi lebih kepada, apa yang kita perlu lakukan dalam menghadapi hari mendatang.
Sudah pasti, ada di antara kita yang sedang mencari jalan dan perancangan akan apa yang boleh dilakukan, bagi membantu menangani sekit sebanyak permasalahan ini. Begitu juga dengan, jurutera lapangan ini yang telah membuat beberapa persediaan dalam menghadapi situasi ekonomi pada masa kini. Mari kita lihat perkongsian dari saudara Syed Amirul ini mengenai tip menempuh zaman suram. Jom kita baca perkongsiannya.
Umum mengetahui kini kita berada di zaman kejatuhan harga minyak yang kritikal. Ia bermula sekitar hujung tahun 2014 dan terus menjunam. Harga setong minyak kini bermain pada kadar USD 40 ke USD 50. Di zaman kegemilangan, harga minyak mentah pernah mencecah hampir USD 140 setong iaitu pada tahun 2008.
Ketika status ini ditulis, ramai rakan-rakan seperjuangan saya dalam industri minyak dan gas yang telah dibuang kerja, kontrak tidak disambung, malah ada juga yang sudah lebih setahun tidak bekerja.
Nasib saya juga tidak menentu, rujuk kepada status saya pada 31 Julai yang lalu, kedudukan syarikat saya ketika ini juga agak samar. Pelbagai usaha dan persediaan yang telah saya rancang dan aturkan. Ini yang saya boleh kongsi untuk rujukan atau panduan rakan-rakan.
Ini merupakan persediaan terpenting. Jika diberhentikan, kita masih boleh bertahan sementara untuk menyusun semula langkah.
b. Potong perbelanjaan bulanan yang tidak perlu
Semak perbelanjaan bulanan dan potong atau kurangkan perbelanjaan tidak perlu. Utamakan keperluan berbanding kemahuan.
Pastikan CV/Resume anda sentiasa dikemaskini dan bersedia untuk shoot email permohonan kerja pada bila-bila masa.
d. Mohon setiap peluang pekerjaan yang ada
Peluang yang datang akan lesap sekelip mata tanpa tindakan. Sentiasa ‘alert’ dengan peluang yang ada.
e. Senaraikan liabiliti anda
Jika keadaan mendesak, cairkan liabiliti mengikut keutamaan. Sebagai contoh, boleh jual salah satu kereta yang ada.
f. Senaraikan asset anda. Susun aset/pelaburan mengikut tahap mudah cair
Setiap asset/pelaburan mempunyai tahap mudah cair yang berbeza. Seperti Unit Amanah boleh dicairkan hanya dalam masa 10 hari berbanding hartanah yang memakan masa sekurang-kurangnya 3 bulan.
g. Daftar UBER & Grab
Rujuk posting saya yang terdahulu. Ini merupakan cara paling senang untuk tambah pendapatan. Tidak memerlukan komitmen tinggi, ada masa terus online. Yang penting daftar dahulu, buat atau tidak perkara ke-2.
h. Kerja Sambilan, Agen Hartanah / Perunding Unit Amanah
Bagi saya ini merupakan kerja sambilan yang boleh membuatkan anda mendapat komisen melebihi elaun offshore bulanan. Memang cukup lumayan jika kena cara.
.
i. Cari Peluang Berniaga
.
i. Cari Peluang Berniaga
Sentiasa peka dengan peluang yang ada, mungkin boleh memulakan berniaga secara kecil-kecilan seperti menjual barang atau jadi agen dropship pun sudah memadai.
j. JV Perniagaan Keluarga / Rakan
Dekati keluarga / rakan yang mempunyai perniagaan stabil. Mula bertanya dan mencari peluang untuk bekerjasama. Dengan JV pastinya risiko akan lebih rendah.
Semoga bermanfaat. Ingatan Kasih Sayang,
Syed Amirul
Jurutera Lapangan Swiber
Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini, dapat memberi anda gambaran akan apa yang perlu dilakukan pada masa kini. Jika boleh bermula dari awal, ianya sudah cukup baik dalam menjamin kewangan keluarga anda dengan lebih stabil. Mari kita mula merancang untuk masa depan. - Siakap Keli
Semoga bermanfaat. Ingatan Kasih Sayang,
Syed Amirul
Jurutera Lapangan Swiber
Mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian ini, dapat memberi anda gambaran akan apa yang perlu dilakukan pada masa kini. Jika boleh bermula dari awal, ianya sudah cukup baik dalam menjamin kewangan keluarga anda dengan lebih stabil. Mari kita mula merancang untuk masa depan. - Siakap Keli