Umum juga sudah mengetahui, selain dari produk tambahan yang digunakan, faktor pemakanan juga menjadi salah satu cara untuk membantu penjagaan diri. Terdapat buah-buahan atau sayur-sayuran yang boleh digunakan, dalam memastikan kulit wajah bersih dan berseri. Antaranya adalah, timun, tomato, buah beri, mahu pun biji-bijian (kacang merah atau kacang polong).
Namun, tahukah anda, labu juga mempunyai kehebatan yang sama, kajian telah dijalankan oleh penyelidik, dan labu terbukti dalam membantu mengembalikan keremajaan wajah. Dari isi hingga ke biji, setiap darinya mempunyai kebaikan yang tersendiri.
Kajian yang dijalankan oleh penyelidik Pemakanan Nutrisi dari Universiti Cambridge, England, Dr. Marilyn Glenville mendapati, labu mengandungi khasiat vitamin A serta kaya dengan antioksida yang tinggi bagi mengawal paras kolesterol.
Tabiat memakan labu juga didapati membantu mengekalkan keremajaan wajah serta dapat mencegah seseorang daripada mendapat kanser.
Biji Labu
Biji labu juga mengandungi khasiat gamma-tocopherol serta vitamin E yang baik untuk mencegah kanser, berdasarkan kajian lanjut yang telah dijalankan.
Menurunkan Berat Badan
Dr Marilyn Glenville juga menyatakan, manfaat pengambilan makanan berasaskan labu juga bagus untuk seseorang, yang ingin menurunkan berat badan kerana kandungan kalori dan karbohidratnya yang rendah.
Menerusi penulisan Glenville di dalam bukunya yang bertajuk, Natural Alternatives to Sugar, kandungan fiber pada labu cukup untuk membuatkan seseorang itu berasa kenyang sepanjang hari
Menegang Dan Menghaluskan Kulit
Selain baik untuk tubuh badan, labu juga bagus untuk kulit kerana mengandungi beta carotene dan vitamin A yang berupaya menjadikan kulit lebih tegang dan halus.
Sumber: Kosmo
BACA: Tidak Gemar Makan Sayuran Hijau Kerana Rasanya Yang Pahit, Anda Pasti Akan Berubah Fikiran Selepas Mengetahui Khasiatnya