Johor Bharu, 25 Okt - Satu letupan kuat berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Austin, Johor Bharu, petang ini menurut seorang saksi kejadian, lapor Bernama.
Satu video yang dimuat naik oleh Bernama merakamkan keadaan di kawasan terbabit dipercayai selepas kejadian berlaku.
Dalam perkembangan terbaru, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) berkata seorang lelaki maut dalam kejadian terbabit.
Ketua operasi dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Johor Bahru, Leftenan (PA) Mohd Aziz Jupri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3 petang dan tiba di tempat kejadian lima minit selepas itu.
“Setibanya kami di sana, memang terdapat kebakaran di bahagian belakang stesen minyak berkenaan dan mangsa sudah tidak sedarkan diri ketika itu lalu terus diberikan rawatan pertolongan cemas.
“Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) menggunakan ambulan sebelum di sahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beberapa gambar kejadian turut dimuat naik di media sosial.
Sumber: Twitter Bernama, FB BNC
Video yang dimuat naik oleh likers Siakap Keli: Fuad Anuar | Facebook
[TERKINI] Satu letupan kuat berlaku di sebuah stesen minyak di Taman Austin, JB, petang ini - Saksi pic.twitter.com/7p18wbgWEe— BERNAMA (@bernamadotcom) October 25, 2016
Petronas meletup pulak dekat Mount Austin berdekatan dengan Hospital Sultan Ismail(HSI). Dugaan orang johor 🙏 pic.twitter.com/HeD5vjahRw— dd (@didreid) October 25, 2016
ngv gas petronas taman austin jb meletup , sorang maut pic.twitter.com/74BtjwFCAX— amir (@amir_muhymeen) October 25, 2016