Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

SPRM Dedah Ada Kes Pelajar IPT Rasuah Pensyarah untuk Naik Gred, Lulus

23 Okt 2016
Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil


PETRA JAYA, 23 Okt: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan wujudnya perlakuan rasuah membabitkan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang menawarkan habuan kepada pensyarah bagi menaikkan gred pencapaian akademik serta lulus dalam peperiksaan.

Perkara itu diberitahu oleh Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil yang berkata suruhanjaya itu ada menyiasat kes tersebut termasuk melakukan pendakwaan.

"Memang ada isu rasuah membabitkan pelajar IPT. Inilah yang kita bimbang kerana kelompok berusia 40 tahun ke bawah merekodkan perlakuan rasuah agak tinggi dengan 55 peratus tangkapan adalah daripada kelompok berkenaan.

"Justeru, SPRM akan menggunakan pelbagai medium untuk meningkatkan kesedaran mengenai jenayah rasuah," katanya namun tidak menjelaskan butiran terperinci mengenai kes sedemikian yang dikesan setakat ini.", katanya sebagaimana lapor BH Online hari ini.

Tambah beliau SPRM juga mahu meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap suruhanjaya itu dari 65.9% kepada 80%, selaras dengan piawaian antarabangsa.

Sumber: BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "