Dalam memastikan diri tidak terjerumus dengan perkara tidak diingini, di mana akan menjejaskan pengurusan kewangan kelak. Anda harus bijak mengatur kewangan anda, dan mengelak dalam membuat perbelanjaan yang tidak perlu, serta memulakan sesuatu dengan lebih awal, seperti simpanan kewangan.
Di sini admin ingin kongsikan, bagaimana anda boleh mengubah tabiat anda, yang melibatkan pengurusan kewangan, dengan cara yang lebih baik. Jom kita tengok apa yang boeh dilakukan, atau diubah, supaya anda boleh mengurus kewangan dengan baik, perkongsian dari saudari Syafieqah A’lya.
1. Jangan sembang nak beli Rumah corner ada swimming pool boleh terjun dari tingkat atas rumah, jika simpanan masih tiada
2. Jangan merungut kos hidup tinggi, jika maintenance diri pun sama tinggi dengan gaji
3. Jangan takut untuk mula menyimpan dan melabur ke tempat yang betul, demi masa depan sendiri. In future anda juga akan senang nanti
4. Jangan biarkan DSR anda tercalar dek kerana pinjamkan nama beli kereta untuk kegunaan orang lain, anda sukar nak rancang kewangan anda sendiri
5. Jangan buat personal loan kononnya untuk beli produk yang berpuluh-puluh ribu harganya, dan dijamin dapat jana keuntungan tinggi, sekiranya anda tidak terjual produk mereka, anda yang merana bayar hutang tanpa erti
Jom tukar semua tabiat ini:
6. Mulakan impian beli Rumah pertama kecil dan sederhana, bayaran bulanan + kos-kos lain masih boleh di tampung dengan gaji, masukkan penyewa syurga, anda dapat jana cashflow nanti
7. Life style sama dengan gaji, sedar dari lena bahawa kos hidup kian tinggi, kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu, mula fikirkan masa depan, belajar berdikari dan tidak terlalu berharap dengan orang tua lagi
8. Simpanan mesti bermula, jika bukan sekarang, habis tu bila? Anda yakin bila gaji dah naik, anda akan menyimpan? Saya tahu jawapan anda adalah 50-50
9. Mula sentuh DSR anda dengan pelaburan yang positif, cantikkan portfolio kewangan anda, rancang lah sebaiknya, yang penting ia dari tempat yang berdaftar seperti ASB, AHB, Unit trust dll
10. Kalau anda mampu buat personal loan dan sanggup bayar bulanan dalam tempoh 10-20 tahun untuk dapat duit segera bermakna anda mesti berkemampuan simpan jumlah yang sama dalam tempoh yang panjang. Simpanan secara paksa sekarang demi future, simpanan paksa jadi rela. - Siakap Keli
BACA: 9 Alasan Kewangan Yang Sering Kita Gunakan Untuk Sedapkan Hati Sendiri