Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Selepas Hasrat Bertemu Anak Sulung Tercapai, Raitul Afthal Akhirnya Kembali Bertemu Ilahi

26 Okt 2016
One Comment

Jika sebelum ini menjadi bualan ramai di laman sosial kisah seorang bapa yang bertarung nyawa melawan sakit kanser usus, di mana dia menyatakan ingin berjumpa dengan anak sulungnya Raykal Hakimi, 6, yang tinggal bersama bekas isteri.

Hasil viral di laman sosial, anak berkenaan berjaya dijejaki dan ibunya telah membawa Raykal bertemu dengan bapanya itu pada 16 Oktober lalu.



Mungkin itu hadiah paling besar buahnya, Mohd Raitul Afthal Zainal Abidin, 27, dilaporkan telah menghembuskan nafas terakhirnya pada 12.20 tengah malam tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur, lapor Harian Metro.

Sementara itu, jenazah Raitul Afthal dibawa ke kampung halamannya di Kampung Pinang, Kemunting, Taiping, Perak dan dikebumikan selepas Zohor, hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Norsyahirah Abdullah, 23, yang sedang hamil anak pertama mereka yang dijangka bersalin seminggu lagi. - Siakapkeli.my

Mesej yang menjadi viral dahulu sehingga membolehkan hasrat Allahyarham untuk bertemu anaknya tercapai.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "