Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Part 2: Tip Pengembaraan Dua Sahabat Menyelusuri Eropah, Dari Kota London Ke Amsterdam

22 Okt 2016
No Comment

Jika sebelum ini admin ada kongsikan akan perjalanan dua sahabat dari kota London ke Amsterdam, di mana admin sertakan itinerary lengkap berserta bajet perjalanan mereka. Ianya banyak diceritakan akan tempat-tempat yang dilawati sepanjang perjalanan mereka.

Namun begitu, seperti yang admin janjikan, kali ini admin akan kongsikan pula, pengembaraan dua sahabat ini, akan apa yang dilalui oleh mereka, selama 14 hari 13 malam menempuh perjalanan untuk tiba ke Amsterdam.

Mari kita lihat pula, tip-tip yang dikongsikan oleh saudari Yusrina Yusup, di setiap hentian yang mereka lalui, iaitu dari kota besar, bandar, serta lapangan terbang, yang boleh dikatakan sebanyak 10 hentian keseluruhannnya yang dilalui dua sahabat ini sebelum tiba ke Amsterdam. Jom kita ketahui tip apa yang dikongsikan olehnya.

BACA: Part 1: Itinerary Berserta Bajet, Perjalanan Dua Sahabat Dari Kota London Ke Amsterdam Selama 14 Hari 13 Malam


Europe Trip 29/9/2016- 12/10/2016

Post sebelum ni banyak kepada itinerary dan costing. Post kali ni kita fokus dekat tips pulak. Ada la beberapa tips yang boleh dishare. Moga2 beri manfaat kepada semua yang nak pergi sana.

Walaupun ada peristiwa tak berapa nak manis dekat Sarajevo, tapi alhamdulillah kami berdua selamat sampai. Sesat tu tak payah cakap la. Banyak kali kot. Kalau dah biasa travel, still sesat. hahaha~

Tips:

Abu Dhabi Airport

1. Flight dari KL akan berhenti dekat Terminal 1. Next flight ke London depart dari Terminal 3. Dekat terminal 3 (dekat gate 35) ada shower room. Boleh mandi situ. Musolla sebelah toilet. Tapi takde telekung. Bawa towel dengan toiletries sekali untuk mandi.

2. Dekat terminal 1 tak banyak sangat choice. Boleh cuba pergi terminal 3, ada Costa.

Stansted Airport

1. Kami naik Easyjet ke Dubrovnik. Better pergi awal untuk elak beratur panjang. Kalau nak tidur dekat airport pun boleh. Ramai orang tidur situ. Dekat Stansted ada surau dekat area landside, sebelah toilet, boleh solat situ.

2. Masa dekat security check Stansted airport, keluarkan makeup bag or toiletries siap-siap untuk cepatkan process. Stansted airport sangat busy terutamanya pada awal pagi sebab dia hub ryanair. So kena cepat. Kalau tak, ada potensi kena tinggal flight.

3. Easyjet benarkan 1 beg sahaja. kalau yang bawak backpack dgn handbag, make sure handbag boleh masukkan dalam backpack. Kalau tak, dorang akan suruh check in luggage. Buang masa nanti. Dah la jauh dari check in kaunter dengan gate. Jenuh korang nak berlari-lari nanti.

Dubrovnik

1. Airport dekat Dubrovnik agak kecil. Keluar dari arrival hall, terus cari counter Atlas Bas untuk ke Old Town atau Gruz. Ramai turun dekat Old Town tapi kami terus ke Gruz sebab nak beli tiket bas ke Mostar. Tiket bus international boleh beli dekat kaunter 3 dengan 4. Dekat airport ada beberapa mesin ATM. Boleh draw duit terus dari situ. 100 Kuna dalam RM63 (rate cimb). Processing fee dalam RM10.

2. Masa nak beli tiket ke Mostar, sediakan duit kecil secukupnya. Dorang tak terima Euro. Staff dekat situ agak tak friendly.

3. Dari Gruz nak ke guesthouse kena naik bas no.7. Bas tunggu dekat bas station tu jugak. Ada bas schedule dekat situ, so boleh la tengok. Harga tiket dalam 15Kuna, boleh juga beli 1 day pass dalam 30 Kuna. Tiket bas beli dengan driver. Bas no 7 tak kerap macam bas no 1A, 1B. So, korang boleh jugak naik bas 1A atau 1B dan turun di Old Town. Dari Old town, boleh jalan kaki ke GH. Kalau rasa susah sangat, boleh contact owner GH untuk datang ambil dekat airport.

4. Kami sewa dekat Topolo apartment. Dalam 10-15min jalan kaki ke Old Town. Cantik juga area situ dan tak ramai pelancong. Dia sebelah Hotel Lero.

5. Beli Dubrovnik card dekat online siap-siap sebelum datang. Sampai sana baru redeem dekat Tourist Info Counter, Old Town. Kena tunjuk printscreen dari website dia, bukan email confirmation. Card tu boleh cover City Hall, Fort Lovrijenac dengan tempat-tempat menarik yang lain. Public transport pun cover juga. Dia ada 3 choice, 1 day, 3 days dgn 7 days. Kami amik yang 1 day sebab stay dekat sana 1 malam je.

6. Ada 2 pintu untuk masuk Old Town. Yang paling femes, Pile Gate. Lepas masuk je Pile Gate, korang tengak sebelah kiri. Ada satu signboard merah untuk masuk ke Ancient City Wall. Sebelum masuk tu, korang kena pergi redeem entrance tiket dulu. Bawa sekali Dubrovnik card korang tu. Nanti dia kasi tiket City Wall. Kalau xde Dubrovnik card pun xpe tapi kena bayar mahal la sikit.

7. Jalan dalam City Wall agak licin dan kena banyak mendaki, so pakai kasut yang sesuai. Bawa shade dengan air juga sebab sangat panas. Dekat atas sana ada orang jual air tapi sangat mahal. Estimate lebih kurang 2 jam untuk explore City Wall. Lepas dah habis explore City Wall, korang pergi Fort Lovrijenac pula. Dekat sini la Games of Thrones difilmkan.

8. Untuk ke Fort Lovrijenac, korang kena keluar dari Pile Gate. Cari fountain, dekat situ ada satu restoran. Tepi restoran tu ada satu tangga untuk ke Fort Lovrijenac. Ikut je jalan tu. Jangan hilangkan tiket City Wall tadi. Kalau hilang, korang kena bayar semula. Dalam 30 Kuna.

9. Lepas visit 2 tempat tu, jika masih ada masa, boleh la lawat semua tempat yang ada dalam Old Town. Dubrovnik Card cover 9 tempat free. Memandangkan kami tak cukup masa, jadi tak sempat nak pergi semua. Rugi la pula.

10. Dalam Old Town, ada masjid. Korang boleh solat situ. Operation time dia 10pagi - 1ptg sahaja. Masjid dia dekat dalam lorong-lorong. Area masjid ada banyak restoran tapi kami tak jumpa kedai halal. Last choice beli pizza tuna dekat Pizzaria Mirakul. Portion dia agak besar, dalam 88Kuna untuk 1 serving.

12. Kalau teringin nak makan roti, better tanya dulu dorang guna alcohol atau tidak. Sebab mostly roti yang kami jumpa, semua ada alcohol. Ada juga choco yang ada tanda halal. Boleh beli dekat kedai DM.


Mostar, Hergevonia

1. Paling senang untuk ke Mostar adalah dengan bas. Dari Dubrovnik ke Mostar dalam 3jam naik bas. Ada 3 kali stop untuk check passport tapi tak payah turun dari bas. Bas dia agak selesa. Tiket boleh beli online tapi kalau nak beli dekat kaunter pun boleh.

2. Bas station dekat Mostar sangat kecil dan sunyi tapi ada 1 mesin ATM yang function. Kalau tak nak keluarkan duit dekat situ pun takpe. Korang pergi area UNESCO pedestrian road, situ lagi banyak bank dan agak lively. Incase korang sampai malam dekat station bas Mostar, jangan tunggu dekat situ lama-lama. Terus gerak ke hostel.
3.Dekat sana korang akan jumpa ramai orang minta sedekah. Terpulang nak kasi atau tidak tapi kami tak kasi. Sebab dorang terlalu ramai. Siap ada yang bawa anak kecil lagi.

4.Banyak kedai halal dekat Mostar tapi kami decide untuk masak. Dekat Konzum ada jual maggi goreng. Barang mentah agak murah dekat Mostar.

5. Kalau berkesempatan pergi Pocitelj, pergi la. Boleh tengok saki-baki runtuhan kota. Tak ramai orang tinggal dekat kampong tu. Ada dalam 35 orang. They highly depend on agriculture. Jika ke sana, jangan lupa beli buah-buahan yang dorang jual. Murah sangat. At least kita dapat tolong mereka.

Sarajevo, Bosnia

1. Jika nak ke Sarajevo, dinasihatkan untuk pergi awal dekat bas station. Bila bas dah sampai, terus naik. Ambil seat sebelah kiri, row belakang driver untuk best view. Kalau naik lambat, anda bakal berdiri sepanjang perjalanan.

2. Bas ni akan berhenti-henti untuk ambil dan turunkan orang. Kebetulan masa kami pergi, perkhidmatan kereta api sedang dibaiki. Memang ramai orang naik bas untuk ke Sarajevo. Dari Mostar ke Sarajevo dalam 3 jam juga.

3. Bila dah sampai Sarajevo, turn left. Akan nampak railways station. Masa kami pergi, railway station ni tengah tutup. Dari situ, boleh ambil bas atau tram no 1 untuk ke Bascarsija. Tapi kena tunggu agak lama. Kalau tak nak tunggu, korang boleh jalan sampai ke US Embassy. Depan tu ada 1 tram station. Tunggu tram no 3.

4. Beli tiket dengan driver dan kena sahkan tiket tu dekat machine. Mesin tu ada dlm tram. Tram ni selalu penuh. Kalau rasa susah sangat nak pergi dekat mesin tu, minta tolong je orang dalam tram tu. Mostly dorang boleh speaking.

5. Bascarsija dekat dengan City Hall. Dia ada 2 bahagian, East side dengan West side. Hati-hati masa dekat sini. Beg kami nearly kena curi. Kalau ada budak minta duit, buat tak tahu je. Jangan layan. Local dekat sana yang bgtau kami supaya ignore je budak2 gitu.

6. Portion makanan dekat sana agak besar. Untuk orang asia macam ktorg ni, better share 2. Kalau tak, membazir je. Kedai makan dekat Sarajevo mostly halal tapi boleh tanya dulu before makan sebab dorang selalu serve arak juga.


Lukomir Village, Bosnia

1. Kami ambil tour untuk ke sana. Kami ambil under Highlander Adventure. Kalau nak contact dorg, boleh pm. nanti aku kasi. Lukomir Village adalah perkampungan yang paling remote dekat Bosnia. Waktu winter, dorang akan keluar dari sana untuk ke Bandar. So kalau nak ke sana, elakkan pergi ketika winter.

2. Ada 2 cara nak naik sana; hiking atau driving. Sangat recommend hiking sebab subhanallah cantik sangat. Tapi kalau tak mampu, boleh drive. Hiking dalam 3 jam lebih, moderate level. Masa ktorg hiking haritu, sangat sejuk dengan hujan plus salji. Trek jadi sangat mencabar dan licin. Nasib baik ada hiking stick. Tu pun pinjam tour guide punya.

3. Ada surau jugak dekat atas tu incase korang nak solat. Surau dia berkunci. Kunci ada dekat atas pintu. Tapi air dekat surau tu xde heater. So memang sejuk!

4. Majority penghuni dekat kampung ni adalah orang tua. Dorang akan cuba untuk jual socks dgn gloves. Kalau korang berminat, boleh la beli. Kalau tak nak, reject secara berhemah. Slalunya dorang akan faham tambah-tambah orang asia ni kecik je, socks yang dorang buat tu besar gedabak.

5. Make sure pakai proper kalau nak hiking. Hiking boots dgn windbreaker. Kami pakai sport shoes je dengan autumn coat. Memang cari pasal.

Zagreb

1. Kami transit dekat Zagreb sebelum gerak ke Munich. Kalau ada banyak masa, boleh la melawat bandar dorang. Tak jauh dari terminal bas dia. Ada tram yang direct ke bandar. Harga tak pasti sebab tak sempat pun nak pergi Bandar. Masa sampai sana dah petang. Kelam kabut cari spot nak solat.

2. Kalau korang nak ke bandar, dan malas nk usung beg berat, boleh je tinggalkan beg dekat cloak room. Cloak room tu sebelah toilet dekat bawah. Bayaran dalam 5 Kuna untuk setiap jam.

3. Toilet dekat sini kena bayar, 3 kuna per entry. Ada mesin untuk tukar duit syiling.

4.Masa dekat boarder Croatia, korang kena turun bas untuk cop passport. Ada 2 kaunter; satu Croatia, satu Slovenia.


Munich, Jerman

1. Memandangkan kami sampai Munich awal pagi, so kami decide nak stay dekat HBF dulu. HBF lagi selamat dari ZOB. Hbf tu Main Train station, ZOB main bus station. Tak jauh dua tempat ni. Naik S-Bahn dalam 1 stesen kalu tak silap.

2. S-Bahn start kul 6 pagi. Tiket beli dekat platform. Better beli City Tour Pass, boleh dapat discount untuk tempat-tempat tourist. Kalau beli tiket ni, tak payah validate sebab dia dah validate siap-siap. Kalau tak validate lagi, korang kena cari mesin untuk validate. Normally dia ada dekat tepi-tepi platform.

3. Luggage store dekat Hbf agak besar. Boleh muat 2 beg 45L. Cari yang large punya. Kalau yang small, tak muat la pulak. Korang boleh tengak dekat sebelah AsiaHung untuk locker besar.

4. Tourist Info center buka dalam pukul 9 pagi. Jangan lupa pergi sana untuk ambil map dan free coupon.

5. Spend 2 jam at least untuk visit Munich Residenz. Ruang dia sangat besar. Beg tak boleh bawak masuk dalam Residenz tapi kamera boleh. Beg boleh tinggalkan dekat kaunter beg. Jangan lupa pergi ambil audio guide dia. Free je. At least korang boleh tahu sejarah setiap section yang korang visit.

6. Area Marienplatz ada banyak tempat menarik. Kalau ada masa, boleh explore area situ. Ada satu kedai makan halal dekat area Old Town. Kedai Afghanistan kalu tak silap. Masa aku pergi tu, kedai tu dah tutup. So bertabah la makan pretzel je.

7. Dalam Hbf ada shower room yang sangat selesa. Boleh mandi dekat situ kalau korang rasa nak mandi. Bayaran tak pasti, kalau toilet dalam 1 Euro per entry.


Fussen, Jerman

1. Beli Bayern tiket untuk ke Fussen. Tulis nama siap-siap. Tiket boleh beli dekat mesin tiket. Ambil yang 2nd class pun dah ok.

2. Make sure naik train yang betul dan timing juga. Kalau weekdays dgn sabtu, Bayern tiket start pukul 9pagi. So kalau ambil tren awal, terpaksa beli extra tiket. Nanti akan ada staff datang check tiket.

3. Train ke Fussen ada 2 tingkat dan free seating. Tapi masuk yang 2nd class sahaja tau. Jangan pandai2 masuk 1st class pulak.

4. Sampai Fussen, terus ambil bas no 78. Tunjuk je Bayern tiket tu dekat driver, dapat naik bas free. Kalau tak sure nak tunggu dekat mana, follow je orang dekat situ.

5. Bas akan berhenti depan information kaunter. Korang kena jalan atas sikit untuk ke ticket kaunter. Dekat tiket kaunter, akan ada bas warna biru. Bas tu akan bawa korang naik atas. Tambang dalam 1,80Euro seorang.

6. Bila dah sampai sana, cari signboard ke Marienbrucke. Korang terus je jalan atas jambatan tu sampai ke hujung. Selalunya orang akan ramai dekat bahagian depan dan tengah. Dari jambatan tu, korang akan nampak istana Neuschwanstein. Kami tak masuk pun istana tu sebab takde pape. Istana tu actually tak sempat siap sebelum King Ludwig II mati.

7. Lepas puas bergambar, turun balik dekat bawah area tiket kaunter. Tambang bas dalam 1 Euro seorang. Ada few kedai sourvenier dekat situ. Tapi agak pricey la. Kalau setakat 1-2 fridge magnet tu boleh la. Kalau nak borong, memang masak.

8. Kalau korang lapar, dekat area train station, ada satu kedai kebab. Boleh makan situ. Dorang cakap daging halal tapi ada jual arak. So terpulang la nak makan or tak. Kalau nak solat dalam kedai tu, tanya dulu staff dia. Rasanya insyaAllah dorang kasi kalau tak ramai customer.

9. Masa nak balik, make sure train yang korang naik terus ke Munchen HBF. Ada few trains yang boleh ke Munchen tapi korang kena transit. So jangan peningkan kepala anda. Tunggu train yang terus ke Munchen. Orang dekat Munich jarang cakap English. even dalam train, driver dia cakap jerman.

10. ICE train dari Hbf memang on time. Korang jangan buang masa pulak. Train sampai terus naik dan cari seat korang (kalau ada reserved la). Dalam train nanti, akan ada sorang conductor datang untuk check ticket. Kalau korang beli online, just get ready tiket tu dengan credit card yang korang guna masa purchased.

11. Let say train korang delay dan akan affect next connection train, bagitahu dekat conductor yang check tiket. Train kami dari Nuremberg ke Hannover sampai lambat, delay dalam 20min. So kami terlepas train dari Hannover ke Amsterdam. Nasib baik dorang ganti tiket untuk next train. Apa yang perlu korang buat kalau jadi macam ni; minta conductor untuk tulis memo dan bgtau yang kita akan miss next train. Suruh dia sign sekali sbg bukti. Bila dah sampai station, terus ke information kaunter untuk dapatkan tiket train yang baru. Pastikan korang miss train bukan sebab personal, tapi sebab train tu sendiri.

Amsterdam, Netherlands

1. Kalau train tulis free seating, korang duduk jelah mana yang kosong dan xde nama. Boleh check dekat tepi seat.

2. Luggage locker dekat Amsterdam kena guna chip card; debit or credit card. Tak guna cash. 1 locker boleh muat 2 beg jugak, macam dekat Munich.

3. Beli day pass siap-siap before gerak keluar dari Amsterdam Central. Day Pass cover semua GVB transport.

4. Area Albert Cuypmarket ada banyak makanan yang korang boleh makan. ada jugak makanan halal. cari kedai jual ayam, kedai tu halal.

5. Tulisan i Amsterdam ada depan Rijksmuseum. Plan betul2 bila nak pergi sebab orang ramai gila. Rijkmuseum dgn Albert Cuyp market tak jauh. Boleh jalan kaki je.

6. Bila korang jalan, be careful dgn laluan basikal. Korang boleh tengok beza laluan jalan kaki dgn laluan basikal.

7.Masa nak beli tiket ke airport, agak confusing. Kami beli tiket dekat mesin je dalam 5,20Euro seorang. Train tunggu dekat platform 14a atau 14b. Dua-dua train tu akan ke airport. Train dekat 14a direct train, 14b sprinter. Dekat train akan tulis tambah 2,50Euro tapi abaikan je. Tu untuk sesiapa yang nak ke Rotterdam.

8.Shiphol airport ada surau tapi semua dekat bahagian airside. Surau dekat gate F. Ada toilet sebelah dia. Boleh amik wudhu situ. Dalam surau ada disediakan telekung dengan sejadah tapi takde partition untuk lelaki dan perempuan. Jangan memandai bukak tudung pulak. Actually ruang tu bukan khas untuk solat saja, dia untuk kegunaan semua agama tapi mostly yang guna Muslim je. That why Nampak macam surau.

Semoga tip yang dikongsikan ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran, akan apa yang bakal dilalui jika melepasi tempat-tempat yang dinyatakan, seterusnya dapat membantu anda akan apa yang harus dilakukan. Jom kita mengembara. - Siakap Keli








BACA: Mahu Mengembara Ke Eropah, Tapi Mempunyai Bajet Yang Sederhana? Tidak Perlu Risau, Ikuti 23 Tip Ini Dan Anda Sudah Boleh Ke Eropah
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "