Gary Tinggalkan Running Man Selepas 6 Tahun
Pada 25 Oktober, Running Man mengumumkan bahawa salah seorang pelakon asal siri popular itu, Gary, akan meninggalkan Running Man selepas enam tahun berkhidmat dalam siri tersebut.
Menurut laporan, Gary pada awal tahun ini sudah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Running Man kerana ingin fokus kepada karier muziknya.
Biarpun dipujuk oleh staf dan pelakon-pelakon lain, Gary tetap dengan pendiriannya.
"Saya mahu menghabiskan masa lebih banyak untuk muzik, saya mahu belajar lebih tentangnya", kata Gary baru-baru ini.
Running Man menghormati keputusan Gary itu menerimanya dengan rela hati.
"Kami dengan jujur mahu berterima kasih kepada Gary kerana selama enam tahun meletakkan segala-galanya untuk Running Man. Gary mahu fokus kepada kariernya dalam menjadi ahli muzik dan kami mengucapkan yang terbaik untuknya.", kata staf produksi Running Man dalam satu kenyataan.
Gary menjadi salah seorang dari pelakon asal siri tersebut semenjak Julai 2010 lagi dan dia akan menjalani set terakhirnya pada 31 Oktober ini.