Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Buntu Untuk Mencari Rumah Sewa Yang Betul, Pemuda Ini Ada Panduan Untuk Dijadikan Rujukan

27 Okt 2016
No Comment
Dalam memastikan tidak tersalah membuat keputusan, penilaian terhadap sesuatu perkara perlu dibuat terlebih dahulu, dengan sangat teliti, ianya bagi mengelakkan pilihan yang dibuat tidak memberi kesan yang besar kelak. Tidak kiralah pilihan dari segi apa jua sekali pun, mungkin untuk membeli barang keperluan, atau membeli kereta, mahu pun untuk mencari rumah sewa.

Untuk mendapat keputusan yang ideal, panduan-panduan yang ada boleh dijadikan rujukan supaya memudahkan dalam proses membuat keputusan. Bagi anda yang sedang mencari rumah atau bilik sewa pula, mungkin ini boleh menjadi penyelamat anda dalam membuat pilihan.

Admin kongsikan kepada anda, mengenai panduan mencari rumah sewa yang betul dalam memastikan tidak melebihi perbelanjaan bulanan anda. Jom kita tengok, bagaimana caranya, hasil perkongsian dari saudara Harith Faisal.


PANDUAN CARI RUMAH SEWA YANG BETUL.

1. Sebenarnya tak salah pun hidup menyewa tau. Asalkan masa kita menyewa rumah orang lain tu, kita dah ada rumah atas nama sendiri. Beli cepat.

2. Dan tak salah juga nak beli rumah untuk kita duduk sendiri. Cuma pastikan bayaran balik bulanannya tak lebih 30% daripada gaji kita. Cuba kira.

3. Contohnya gaji isi rumah kita RM3,000. Kira-kira 30% jadi RM900. Beli rumah RM180,000 cepat-cepat dan duduklah bersama famili dengan senang hati.

4. Sementara nak beli rumah tu, bolehlah menyewa mana-mana rumah yang ada. Tapi tak perlu besar sangat. Pastikan harga sewaan tak lebih 20% gaji ya.

5. Kalau bujang, boleh sewa satu bilik atau kongsi bilik yang bayaran sewa bulanan pun tak lebih 20% juga. Ada banyak sangat pilihan kalau dicari.

6. Contohnya, gaji anda sebagai fresh graduate adalah RM2,000. Kalau kira-kira 20% daripada gaji, dapatlah RM400. Bolehlah sewa bilik tak lebih daripada tu.


7. Bukan apa, risau kalau sewa rumah mahal sangat, susah nak beli rumah sendiri sebab tak mampu menyimpan modal. Duit habis bayar rumah orang lain.

8. Keutamaan kita adalah beli rumah sendiri, bukan menyewa. Jadi, biarlah kita sewa rumah yang ala kadar pun. Tak payah kisah dengan kata orang lain.

9. Risau sewa rumah kecik. Nanti malu nak jemput kawan, sedara datang rumah. Sanggup sewa kondo, padahal dorang datang pun setahun sekali saja.

10. Itu pun sebab kau jemput datang open house dan sambut birthday anak kau. Sebab malu tak bertempat, kau membazir sewa kondo atau rumah besar.

11. Yang memang mampu tu lain cerita. Yang acah-acah mampu tu, kena buat kira-kira semula. Alahai, untuk kemaslahatan kewangan kau juga.

12. Memang susah kalau kita hidup untuk penuhi expectation orang lain. Diri kita sendiri yang merana. Yang pasti, kaulah yang keluar duit, bukan dorang.

Sudah pasti anda ingin berjimat sebanyak mungkin dalam perbelanjaan sewaan rumah atau bilik. Moga-moga dengan adanya panduan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat perkiraan rumah mana yang ideal buat anda untuk diduduki. Jom buat pilihan bijak. - Siakap Keli

BACA: Menyewa atau Membeli Rumah, Mana Lebih Baik? - Pemuda Ini Ada Jawapannya
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "