Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) Kadet Tentera Diarah Pecahkan Telefon, Terima Kritikan Daripada Netizen

19 Sep 2015
No Comment


BANGKOK: Akibat melanggar peraturan kerana membawa telefon pintar ke ke kem latihan, sekumpulan kadet Tentera Laut Thailand diperintah memusnahkan gajet mereka menggunakan sebongkah blok konkrit, dalam satu video yang tersebar meluas di Internet minggu ini.

Klip berkenaan yang bertajuk Soldiers Must Endure yang tersebar di laman sosial berkenaan bagaimanapun telah mengundang kritikan pelbagai pihak di mana mereka mempertikaikan kewajaran memusnahkan gajet kepunyaan kadet tentera walaupun peralatan teknologi memang diharamkan di kem-kem latihan.

Video berdurasi 1 minit 30 saat itu menunjukkan sekumpulan kadet tentera laut beratur bersama telefon pintar mereka seperti iPhone dan Samsung yang diletakkan bersama sebiji batu blok konkrit.

“Anda baru membeli telefon ini ya? Mahal bukan?,” kata seorang pegawai pemerintah yang meminta setiap pelatih mengambil telefon mereka sebelum mengarahkan kesemua kadet itu membongkok.

"Pecahkan," kata pegawai itu menerusi rakaman video berkenaan.

Video berkeaan telah menjadi viral di laman sosial di Thailand di mana kebanyakkan mereka mengkritik hukuman berkenaan yang dianggap tidak setimpal dengan kesalahan pelatih.

Kebanyakan komen mencadangkan pihak tentera supaya menyimpan telefon milik pelatih dan memulangkan sejurus mereka tamat latihan berbanding tindakan memusnahkan kesemua gajet tersebut. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "