Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tindakan Khairuddin Sabotaj Negara - KPN

21 Sep 2015

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang menggunakan saluran perundangan asing bagi menyiasat isu 1MDB adalah sabatoj kepada negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan lewat malam semalam berkata tindakan tersebut jelas bertujuan mencabar sistem perundangan Malaysia.

"(Ia turut) mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.
   
"Tindakan beliau ini merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini.
 
"Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan maklumat yang disalurkan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing berkenaan, adalah palsu," katanya memetik laporan dari Sinar Online.

Khalid berkata demikian bagi menjawab dakwaan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yang kononnya PDRM dipergunakan oleh Datuk Seri Najib Razak bagi mengelakkan pembongkaran keatas kes 1MDB.

Mahfuz mendakwa penahanan Khairuddin adalah cubaan menutup mulut dan Mahfuz juga menggesa polis menjelaskan penangkapan Khairuddin kepada rakyat Malaysia.
   
Khairuddin seharusnya diberikan ruang dan peluang kepada agensi penguatkuasa untuk menjalankan siasatan, namun beliau tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia,” katanya Khalid. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "