Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tangan Kanak-Kanak 3 Tahun Tersepit Dalam Eskalator

17 Sep 2015
No Comment


CHINA: Seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menahan kesakitan yang teramat sangat apabila tangannya telah tersangkut kira-kira 40 minit dalam satu kejadian terbaru melibatkan eskalator di negara tersebut.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang, kanak-kanak berkenaan dikatakan telah keluar bersama neneknya ke sebuah pusat membeli belah namun ketika menaiki eskalator di pusat membeli belah tersebut kakinya telah tersadung menyebabkan dia jatuh sebelum tangannya tersangkut di celah kanan eskalator.

Kakitangan pusat membeli belah tersebut yang menyedari kejadian berkenaan terus bertindak menekan butang kecemasan eskalator tersebut dan mangsa dikatakan terpaksa menahan sakit selama 40 minit sebelum bantuan tiba.

Mangsa yang berusia 3 tahun itu kemudian diberikan bantuan dan berjaya diselamatkan. Mangsa dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "