Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Tampar Imam : "Saya Nak Jumpa Imam" - Tertuduh

30 Sep 2015


KUALA LUMPUR: "Saya rasa bersalah, saya nak jumpa imam , Saya nak minta maaf. Boleh kamu panggil imam datang ke sini? Saya rasa sangat bersalah".

Itu kata-kata yang dikeluarkan oleh Shabir Ahmad Khan, 31, seorang warganegara India yang menampar imam Masjid Negara ketika solat jumaat sedang berlangsung dua minggu lepas.

Baca : (Gambar & Video) Lelaki Tampar Imam Ketika Solat Jumaat
Baca : Tampar Imam : Suspek Dakwa Dengar Suara Halus

Shabir yang berada di kandang tertuduh di Mahkamah Majistret di sini juga dilihat menepuk pipinya beberapa kali ketika pertuduhan dibacakan kepadanya dalam bahasa Inggeris oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Dia menghadapi tiga pertuduhan; sengaja menyebabkan kecederaan fizikal kepada imam, mengganggu solat jumaat dan tinggal di Malaysia melepasi tarikh sah pas lawatan sosial.

Shabir yang bekerja sebagai pemandu peribadi, pada mulanya mengaku bersalah atas semua tuduhan yang dikenakan namun pengakuannya tidak diterima selepas Majistret melihatnya dalam keadaan keliru.



Apabila Siti Radziah menanyakan tertuduh sama ada dia sedar dia berada di dalam mahkaman dan dituduh menyakiti imam, tertuduh hanya mengangguk dan berkata : "Sebab saya tampar imam".

Siti Radziah yang tidak berpuas hati dengan pengakuan tertuduh mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan mental selama sebulan. - Siakapkeli.my

Sumber : Astro Awani
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "