Model Felixia Yeap kesal dengan tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menyalahgunakan gambarnya untuk tujuan.
"Dengar kata 'parti' tu dah minta maaf? Baguslah macam tu...Please jangan ulang perkara sebegini," tulisnya dalam satu status di laman sosial Facebook.
Felixia kemudiannya berkata hal itu tidak sepatutnya terjadi kerana seolah-olah menggambarkan dirinya kini terbabit dengan politik.
Sebelum ini wajah Felixia terpapar di dalam poster Amanah dengan tulisan "Saya Felixia Orang Cina & Beragama Islam" dan "Islam Rejects Racism" yang kemudiannya tersebar di laman media sosial dan menjadi viral.
Felixia yang menyedari perkara berkenaan tidak lama kemudian kemudian memuat naik status di laman Facebook dengan 'memberi amaran' kepada parti berkenaan agar tidak menyalahgunakan gambar dan namanya untuk sebarang tujuan politik. -Siakapkeli.my