Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Remaja Didakwa Atas Tuduhan Membunuh Mendiang Margaret Tagum Goen

15 Sep 2015
No Comment


Kluang: Seroang remaja lelaku berumur 17 tahun hari ini telah didakwa di Mahkamah Majistret Kluang atas tuduhan membunuh Asisten Superintendan (ASP) Margaret Tagum Goen dengan merempuhnya dengan motosikal di sekatan jalan raya di Kilometer 58 Jalan Batu Pahat-Mersing, di sini, 6 September lalu.

Memetik laporan Harian Metro, susperk yang berasal dari Taman Sri Kluang itu didakwa di hadapan Majistret Nurhuda Mohd Yusof.

BACA: Polis Sahkan Tahan Individu Hina Mendiang Inspektor Margaret Yang Terkorban Dirempuh Mat Rempit

Bagaimanapun semasa pendakwaan dijalankan mahkamah tidak berjaya merekodkan pengakuan daripada tertuduh yang diwakili peguam, S Vijaya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh didakwa kerana menyebabkan kematain pegawai polis trafik ebrkenaa dengan niat untuk membunuh mendiang.

Tetuduh telah didakwa  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Rasidah Abd Radzaz telah memohon tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan akhlak serta kimia dan mahkamah kemudian menetapkan 28 Oktober ini bagi sebutan semula kes. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "