Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Presiden Gabungan Mahasiswa Sebuah IPTA Dipukul, Ditoreh Dan Disimbah Sejenis Pewarna

14 Sep 2015
No Comment

Seorang penuntut sebuah universiti awam tempatan yang juga merupakan seorang pemimpin pelajar dilaporkan telah dipukul serta disimbah sejenis pewarna di badannya oleh ibdividu yang tidak dikenali pada awal pagi tadi.

Muhammad Syahir Rahimi Sukri, 22,  pelajar tahun tiga dari Fakulti Pengajian Islam universiti berkenaan merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa di pusat pengajian berkenaan.

Memetik laporan Malaysiakini,  rakannya mangsa Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan mengesahkan satu laporan polis telah dibuat pagi ini berhubung kejadian itu.

Beliau telah diserang di kolej kediamannya kira-kira pukul 4 pagi tadi di mana selain dipukul dan disimbah pewarna, mangsa juga telah ditoreh di bahagian kepala dan badan.

Kejadian berlaku ketika pemimpin pelajar berkenaan mengambil giliran untuk menjaga poster-poster yang ditampal sempena pilihan raya kampus.

Selepas diserang, pelajar itu kemudiannya di bawa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan.

Memetik laman facebook rasmi Gabungan Mahasiswa universiti tersebut, mereka tidak pernah menuduh mana-mana kelompok sebagai dalang kekejaman terhadap Presiden GM tersebut.

"Kami serahkan pada pihak berkuasa kerana kami telah membuat laporan Polis," tulis mereka lagi. - Siakapkeli.my


Presiden Gabungan Mahasiswa UKMDikejarkan ke Hospital Serdang akibat diserang dan dibelasah oleh beberapa orang yang...
Posted by SAVE UKM13 on Sunday, September 13, 2015

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "