Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Polis Nafi Video Cubaan Culik di Puchong Perdana

29 Sep 2015
No Comment


Subang Jaya: Pihak polis hari ini menafikan satu video penculikan yang viral di media sosial baru-baru ini.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Lee Swee Meng dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah merakam percakapan beberapa saksi termasuk Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat, Kuan Chee Heng yang mengeluarkan status mengenai perkara itu di Facebook.

Tambahnya lagi, tiada sebarang laporan yang diterima pihak polis dari ahli keluarga kanak-kanak itu mengenai kejadian.

"Kejadian culik itu tidak berlaku, sebelum berita itu tersebar dalam media, polis telah membuka kertas siasatan kerana memandang berat kejadian ini.

"Sesiapa pun jangan menghebahkan berita kepada media sebelum mendapat pengesahan kebenarannya kerana akan menyebabkan ketakutan kepada komuniti," katanya memetik laporan myMetro.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang pada Ahad lalu, kanak-kanak itu pergi ke pasar raya berkenaan dengan bapanya dengan menaiki sebuah motosikal.

Bapa mangsa memilih barangan untuk dibeli sebelum menyedari kehilangan anak perempuannya beberapa minit selepas itu.

Menurut Lee, rakaman CCTV memaparkan kanak-kanak itu mengekori seorang lelaki yang memakai baju hitam seakan bapanya.

"Ada seorang lelaki lebih kurang bapanya memakai baju warna hitam, budak ini ikut dari belakang.

"Apabila bapa ini melihat anaknya tiada, dia bergegas keluar dan panggil anaknya itu yang sedang mengikut orang lain sebelum masuk semula ke pasar raya itu," kata beliau. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "