Lumba Kesas : Hanya Seorang Yang Cedera - Polis
Hanya seorang sahaja yang cedera dalam nahas kemalangan yang melibatkan beberapa buah motosikal yang sedang berlumba di Lebuhraya Kesas pada awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata kejadian dalam yang berlaku dalam awal pagi itu, salah sebuah motosikal yang terlibat melanggar belakang sebuah Proton Exora yang dalam perjalanan dari Klang ke Kuala Lumpur.
"Pelanggaran itu turut menyebabkan beberapa lagi penunggang motosikal yang berlumba bersamanya terlibat dan mangsa yang cedera kemudiannya dibawa ke hospital oleh rakannya yang hadir melihat perlumbaan berkenaan," katanya memetik laporan MalaysiaKini