Kuala Lumpur Pilihan Kedua Pelancong Muslim Membeli-belah Selepas Dubai
Kuala Lumpur menduduki tempat kedua dalam senarai 40 bandar di dunia sebagai bandar rata beli-belah popular untuk pelancong Muslim.
Ini berdasarkan Indeks Membeli-belah Pelancongan Muslim Mastercard-Crescent Rating (MTSI2015) dengan menyatakan pelancong Muslim berbelanja AS$62 bilion bagi tujuan beli-belah dan makan pada keseluruhan 2014.
“Kajian ini memberi tumpuan kepada dua komponen perbelanjaan terpenting pelancong Muslim iaitu membeli-belah dan makan minum. MTSI melengkapkan Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2015 yang dilancarkan awal tahun ini.
“Ia juga membolehkan kami menawarkan gambaran penuh mengenai bagaimana pelancong Muslim membelanjakan wang mereka ketika melancong,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating & HalalTrip, Fazal Bahardeen.
Sementara itu Dubai berada di tempat pertama diikuti Singapura di tempat ketiga.
“Ia dijangka berkembang kepada 150 juta pelawat menjelang 2020 dan mewakili 11 peratus daripada segmen pasaran dengan nilai terbabit dijangka meningkat sehingga AS$200 bilion.
“Oleh itu, lebih banyak potensi pelancongan Muslim dapat diperoleh pada masa akan datang,” katanya. -Siakapkeli.my