Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kisah Hajijah Menjaga Dua Anak Berbangsa Cina Lambang Rakyat Malaysia Tanpa Diskriminasi

20 Sep 2015



"Emak, anda jelas membuktikan bahawa anda adalah seorang rakyat Malaysia sebenar. Tidak perlu emak pakai t-shirt merah dan sertai perhimpunan," itu luahan Mary Anni di laman Facebook tentang ibunya yang menjadi pengasuh kepada dua kanak-kanak berbangsa Cina.

Jarang sekali kita mendengar kisah seorang Islam mengambil upah menjaga kanak-kanak yang bukan seagamanya hingga dianggap sebagai anak sendiri.

Hajijah Saini mengambil upah menjaga dua anak berbangsa Cina berkenaan sejak mereka masih bayi lagi sehingga memberi gelaran nama yang sinonim dengan bangsa Melayu dan Islam iaitu Hassan dan Abu.



"Semasa saya di sekolah menengah, emak mengambil upah sebagai pengasuh. Dua anak asuhan emak yang paling saya ingati ialah Hassan dan Abu yang saya jumpa pertama kalinya ketika berusia 16 tahun.
"Hassan dan Abu adalah dua anak lelaki berbangsa Cina yang emak jaga semenjak mereka berusia dua tahun.
"Berbangsa Cina? Kenapa namanya Hassan dan Abu? Mungkin kerana nama dalam bahasa Cina tidak mudah untuk emak ingati, nama Hassan dan Abu menjadi nama timangan emak berikan kepada mereka.
"Emak menjaga dan menyayangi Hassan dan Abu seperti anak sendiri. Makan bersuap, tidur di riba, mandi diurus dan bermain sekali dengan adik-adik saya yang masih kecil.
"Kami sembilan beradik tidak langsung berasa janggal dengan kehadiran Hassan dan Abu di rumah. Kami diajar untuk mengasihi mereka walaupun jelas berbeza bangsa dan agama," ujarnya memetik mStar, hari ini.
Emak mengajar kami untuk menerima Hassan dan Abu sebagai ahli keluarga," tulisnya di Facebook yang kemudiannya menjadi viral sejak beberapa hari lalu.
Hubungan yang rapat itu turut dicerminkan bagaimana Hassan dan Abu selesa untuk bermalam di rumah keluarganya malah pernah juga menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama mereka sekeluarga.
"Melalui pengalaman bersama Hassan dan Abu, saya belajar daripada emak untuk melayan semua orang dengan cara terbaik. Tidak perbezaan kelas. Tiada diskriminasi.
"Saya belajar memahami Hari Malaysia daripada emak saya. Saya belajar menjadi rakyat Malaysia daripada emak saya," katanya.
Mary memberitahu mereka adik-beradik tidak pernah membezakan Hassan dan Abu meskipun berlainan bangsa dan agama malah berbangga kerana dianggap saudara memandangkan kedua-dua kanak-kanak berkenaan juga selesa memanggil Hajijah dan suaminya dengan panggilan 'emak' dan 'ayah'. -Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "