Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Khairuddin Dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur

25 Sep 2015

Kuala Lumpur, 25 Sept - Bekas Naib Ketua UMNO Batu Kawan, Datuk Seri Kahiruddin Abu Hassan yang ditahan dibawah Akta Kesalahan Keselamatan (Somsa) dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur hari ini.

Peguam beliau, Matthias Chang berkata Khairuddin mengalami demam panas dan beliau mungkin menghidap demam denggi.

"Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur hari ini. Dia disyaki mengalami denggi," katanya memetik laporan Malaysiakini.

Chang menambah, dia diberitahu tiada sesiapa yang dibenarkan melawat Khairuddin namun pengawai yang bertanggungjawab menyiasat kes terbabit akan menghubunginya semula esok.

"Pegawai itu akan memaklumkan sama ada saya dan isteri Khairuddin (Datin Seri Umi Aida Rahmad) dibenarkan melawat," katanya.

Khairuddin sebelum ini ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti yang mengkhianati negara. Somsa membolehkan polis menahan individu sehingga 29 hari tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.

Sebelum ini, Khairuddin telah membuat laporan polis di Switzerland, London, New York, Singapura dan Hong Kong berhubung skandal 1MDB. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "