Kejujuran Seorang Lelaki Ini Dibalas Dengan Kebaikan Yang Tidak Dijangka
Tersiar di laman sosial satu kisah yang amat menarik dikongsikan oleh ramai netizens di mana kisah seorang pemilik kereta Myvi putih yang cukup baik hati.
Kisah ini diceritakan saudara Rahman Arifin di mana pada satu hari beliau memandu keretanya, semasa hendak mengundur secara tidak sengaja telah terlanggar bumper kereta Myvi Putih seperti mana gambar yang dikongsikan.
Kerana rasa bertanggungjawab dengan kejadian itu, dia memilih untuk menunggu pemilik kereta Myvi putih berkenaan, tetapi selepas 15 minit di katakan pemilik kereta tersebut tidak muncul membuatkan dia meninggalkan sekeping nota ringkas di wiper Myvi tersebut.
Selepas beberapa hari pemilik Myvi tersebut menghubunginya dan sesuatu yang menarik berlaku, mari kita ikuti cerita penuh yang di ceritakan olah saudara Rahman Ariffin.
Dua minggu lepas, hari khamis, saya undur kereta dengan cuai dan terhantuk Myvi warna putih; kemek bumper depan dan grill.
Tunggu lebih kurang 15 minit, tak nampak sesiapa datang. Saya pun tulis satu nota ringkas, selit kat wiper.
Hari Sabtu Encik Myvi Putih telefon. Dia tinggal di area Jinjang. Saya mintak maaf kerana rosakkan kereta dia: Takpa, encik repair kereta tu, saya bayar kos.
Hari Rabu Encik Myvi Putih talipon lagi. Kereta dah repair, sikit je, kena 150. Saya kata ok, saya bayar, kita jumpa atau saya bank-in.
Encik Myvi Putih kata, macam ni, dari 150 tu, encik masukkan 50 dalam tabung surau atau masjid atau sedekah sama orang susah. Baki 100 tu, saya halalkan dunia akhirat.
Didoakan agar Allah sentiasa jaga, berkati dan rahmati Encik Myvi Putih dan keluarga beliau, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat, sentiasa dipermudah segala urusan.
Sungguh mulia hati pemilik kereta berkenaan, apapun sifat jujur yang ditunjukkan oleh saudara Rahman juga patut dipuji. Itulah dikatakan perbuatan yang baik pasti dibalas dengan kebaikan. Kerana kejujurannya dia bukan sahaja tidak perlu membayar malahan mendapat ganjaran pahala kerana sifatnya itu. - Siakapkeli.my