Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Isu Jerubu: Apa Gunanya Indonesia Tiap-Tiap Tahun Minta Maaf

15 Sep 2015
2 ulasan

Kerajaan digesa supaya lebih tegas dalam menangani isu jerebu ini kerana ia merupakan kejadian yang berulang setiap tahun sejak 1993 – 22 tahun lalu.

Gesaan ini disuarakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Ng Tien Chee dimana beliau mencadangkan agar kerajaan mengkaji tindakan undang-undang atau memberi tekanan melalui Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya republik itu lebih serius.

“Apa gunanya kerajaan Indonesia memohon maaf kepada negara-negara jiran setiap tahun berlakunya krisis jerebu ini dan perkara ini tetap berulang setiap tahun tanpa berkurangan,” katanya dipetik dari Malaysiakini.

Menurut beliau, berdasarkan laporan media Singapura Channel News Asia semalam terdapat kira-kira 982 titik panas pembakaran terbuka dikesan di Sumatra Selatan, Jambi dan Riau..

Bagaimanapun, katanya, Indonesia hanya menahan lebih kurang 70 orang yang disyaki bertanggungjawab ke atas kejadian pembakaran terbuka tersebut yang begitu berleluasa.

“Memang benar pihak Indonesia pernah menyatakan bahawa mereka yang bertanggungjawab merupakan peladang-peladang ataupun syarikat-syarikat dari Malaysia dan Singapura tetapi apakah masalahnya jika kerajaan Indonesia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka sekiranya mereka dibuktikan melanggar undang-undang negara tersebut?” katanya. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. jgn salah kan sebelah pihak je.......kadang2 silap juga dari negara kita or pengusaha luar....nak short cost....bakar je la,...bila pengusaha hulur duit sikit, rasuah.....terus izinkan....semua bermula dari hati seorg manusia......kalau tamak, tidak ada perikemanusiaan....mcmnie la jadi nya....errrmmmmm

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli
" "