Tak ada apa yang salah dengan perkataan "Cina babi" yang dilemparkan kepada beberapa ahli media di perhimpunan "Baju Merah" semalam, kata salah seorang penganjur, Datuk Jamal Md Yunos yang turut menambah perkataan "babi" bukan penghinaan kerana orang Cina memakan daging haiwan berkenaan.
Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar turut berkata perkataan "babi" bukan satu perkataan yang sensitif bagi orang Cina.
"Bagi saya kalau semalam you (media) kena dengar keseluruhan yang dikata jangan ambil perkataan.
"Bagi Melayu sebut babi kita sensitif sebab babi haram tapi bagi orang Cina, babi ini adalah makanan mereka tak ada masalah," katanya kepada pemberita memetik laporan dari The Malaysia Insider.
Jamal Md Junos. Foto : TMI |
Beliau menjawab soalan dari media berikutan isu perkataan yang digunakan oleh peserta perhimpunan terbabit terhadap jurnalis bukan melayu di perhimpunan itu. - Siakapkeli.my